RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Monday 31 December 2012

seorang ibu dan 2 anak maut kemalangan di Kota Tinggi


Tiga maut dalam kemalangan
Keadaan kedua-dua buah kereta yang remuk di bahagian hadapan setelah bertembung.
KOTA TINGGI - Seorang wanita dan dua kanak-kanak terbunuh apabila kereta Proton Iswara yang dinaiki bertembung dengan sebuah kereta Mercedes Benz di Kilometer 24 Jalan Johor Bahru–Mersing berhampiran Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada), di sini, tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa yang terbunuh ialah Ating Dasa, 25, serta dua anak saudaranya, Brigeson Megong, 10, dan Laire Tifany Gasah, 7.

Anak mati dalam tahanan polis ibu tuntut penjelasan


Ibu tuntut penjelasan anak mati dalam tahanan
Jenice (tengah), Nagamah (tiga, kanan) dan Krishna menunjukkan foto kecederaan dialami mangsa, semalam.
AMPANG - Seorang ibu menuntut penjelasan pihak berkuasa berhubung kematian anaknya sewaktu dalam tahanan lokap pada 24 Disember lalu.

M Nagamah, 58, berkata, dia terkilan apabila kematian anaknya, K K Nagarajan, 42, ketika dalam tahanan polis hanya diketahuinya melalui individu lain.

Dakwanya, penahanan anaknya pada 22 Disember lalu juga tidak dimaklumkan kepada keluarganya sehinggalah dia menerima berita kematian anak sulungnya itu.

seorang ibu maut 2 anak cedera kemalangan di Lebuh raya utara selatan



Jururawat maut, dua daripada tiga anaknya cedera
Kereta Perodua Alza dinaiki mangsa remuk akibat melanggar besi pengadang jalan.

Jururawat maut, dua daripada tiga anaknya cedera
Ilustrasi kemalangan di Kilometer 431.4 Lebuh Raya Utara Selatan
KUALA KUBU BHARU - Seorang jururawat dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) maut dalam kemalangan di Kilometer 431.4 Lebuh Raya Utara Selatan awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, ketika kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, kereta Perodua Alza dinaiki mangsa bersama suami dan tiga anaknya terbabas serta melanggar besi pengadang jalan.

Rakan suspek bunuh warga emas ditahan polis


Rakan warga emas mati selepas disamun ditahan
Laporan akhbar ini pada 27 Disember lalu berkenaan Edward yang ditemui mati selepas disamun.
SEREMBAN – Seorang penganggur ditahan polis bagi membantu siasatan kes mangsa bunuh yang ditemui mati dalam keadaan bogel dengan kaki dan tangan diikat serta kepalanya ditutup kain sarung di rumah di Jalan Rasah, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, lelaki terbabit yang berusia 45 tahun dipercayai rakan mangsa dan telah ditahan di sebuah rumah di Kuala Pilah petang kelmarin.

Ditipu " MAT SALEH " RM5 Ribu lebur


Diperdaya lelaki mat saleh
Syamil menunjukkan laporan polis yang dibuat selepas ditipu lelaki warga asing yang dikenali melalui laman sembang sosial tiga minggu lalu.
ALOR GAJAH - Perkenalan singkat seorang remaja dengan lelaki mat saleh melalui laman sosial menyebabkan dia menanggung kerugian apabila wang berjumlah RM5,040 yang disimpan sekian lama dilesapkan lelaki berkenaan.

Difahamkan, mangsa, Syamil Apendy, 23, dari Masjid Tanah mula mengenali mat saleh yang dikatakan berminat dengan keindahan alam negara ini.

Dalam perkenalan itu, mat saleh itu turut menyatakan hasrat untuk melancong ke negara ini seorang diri dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 8 pagi Ahad lalu.

Warga emas maut dirempuh pelajar UKM


KOTA TINGGI - Seorang warga emas maut setelah dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang pelajar perempuan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Bangi dalam nahas di Kilometer 10 Jalan Mawai–Kuala Sedeli di depan balai raya Kampung Sayang di sini, semalam. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi DSP Low Hong Seng berkata kejadian berlaku kira-kira 8.20 malam ketika mangsa Ja’afar Yusof, 78, berjalan kaki ke rumah rakannya selepas menunaikan solat Isyak di masjid  berdekatan. 

Kemalangan Ngeri di Kota Tinggi 3 maut


KOTA TINGGI - Seorang wanita dan dua kanak-kanak terbunuh apabila kereta Proton Iswara yang dinaiki bertembung dengan sebuah kereta Mercedes Benz di Kilometer 24 Jalan Johor Bahru–Mersing berhampiran Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada), di sini, tengah hari tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa yang terbunuh ialah Ating Dasa, 25, serta dua anak saudaranya, Brigeson Megong, 10, dan Laire Tifany Gasah, 7.
Seorang saksi, Mohd Nazirul Azilini, 16, berkata, dia terdengar suara wanita menjerit sebelum bunyi dentuman yang kuat.

Pak Guard jumpa mayat tepi jalan



ANGGOTA polis dan petugas perubatan memeriksa mayat Maxizillian yang ditemui di tepi jalan di Miri semalam.


MIRI – Seorang pengawal keselamatan yang ingin pulang ke rumah terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki yang merupakan anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) terbaring di tepi jalan di Kampung Luak 3 di sini semalam.

Salun menawarkan perkhidmatan seks diserbu polis



TUJUH pelacur warga asing diberkas selepas polis menyerbu sebuah salun yang dijadikan markas persundalan di Kepong kelmarin.


KUALA LUMPUR – Kegiatan haram pemilik salun yang menyediakan khidmat pelacur warga asing sejak beberapa bulan lalu berakhir apabila sebuah premis persundalan dua tingkat di kawasan Kepong di sini diserbu kelmarin.

3 warga Nyanmar dibunuh dalam ladang getah



ANGGOTA polis mengawasi mayat tiga lelaki Myanmar yang dibunuh selepas diserang sekumpulan lelaki di sebuah ladang getah di Kuala Nerang semalam.


KUALA NERANG – Tiga lelaki Myanmar menemui ajal dalam keadaan tragis apabila mereka dibunuh selepas diserang ala mafia oleh sekumpulan penjenayah menggunakan senjata tajam di dalam sebuah kebun getah di Kampung Chebar, Tanjung Piring dekat sini semalam.

Sunday 30 December 2012

turun kereta tunjuk kemaluan depan gadis


Nia menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat.
Nia menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat.
TELOK DATOK - Seorang remaja perempuan yang bekerja di sebuah kedai telefon di Pekan Banting trauma apabila seorang lelaki menunjukkan kemaluannya di sebuah perhentian bas di Telok Datok.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi itu ketika remaja berkenaan sedang menunggu bas untuk ke tempat kerja.

Mangsa yang ingin dikenali sebagai Nia, 16, berkata, dia terkejut apabila pemandu sebuah kereta Waja memberhentikan kenderaannya lalu menunjukkan kemaluan di hadapannya.

kenapa LELAKI nak Jadi PONDAN 1

Kali ini kawan nak berkongsi Kenapa Lelaki teringin sangat nak jadi pompuan atau lebih sedang dipanggil mak nyah. tetapi sebelum tu korang kena lihat dulu pondan-pondan kat bawah ni.. apa komen korang.. cantik, Cun, comel.. hihi macam-macam ada...


 

 

Kalau lah mereka ni melintas depan lelaki yang mata keranjang, yang pastinya mata tu macam nak tersebur je.. sekali pandang dah macam pompuan.. sekali bercakap kantoi..

kenapa gadis melayu berbaju sendat

 
Sekadar gambar hiasan

Kenapa gadis sekarang memakai baju kurung atau kebaya sehinggakan mendedahkan susuk tubuh, itu yang menjadi persoalan dibenak kotak pemikiran, adakah kerana mengikut edaran masa. mengikut daripada hasil pencarian di Google dan Yahoo. tidak dapat dikira banyaknya gambar-gambar gadis malaysia yang berpakaian serbagini, ini belum lagi dikira gadis-gadis yang memakai seluar dan baju t-shirt ketat dan sebagainya.

Ibu Tunggal terpaksa mengemis untuk menyara 2 anak


Mengemis untuk sara dua anak
Siti Ani Syafinas bersama dua anaknya menunjukkan keadaan dalam rumah yang berselerak.
ALOR SETAR - Seorang ibu tunggal terpaksa hidup mengemis demi menyara dua anak perempuannya kerana kesempitan hidup selepas ditinggalkan suaminya beberapa bulan lalu.

Siti Ani Syafinas Mat Saad, 30, berkata, demi mencari sesuap nasi bagi diri dan anak-anaknya, dia terpaksa ketepikan perasaan malu agar anak-anaknya, Siti Syazwani Athirah Abdul Murah, 5, dan Nurul Zulaikha Amirah, 3, tidak kelaparan.

“Sebelum ini saya bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah pusat membeli-belah terkemuka di bandaraya Alor Setar, namun terpaksa berhenti september lalu, kerana terpaksa menjaga Syazwani yang dimasukkan ke hospital akibat masalah kesihatan.

Pokok pisang aneh-Berbuah dibatang



Pisang berbuah di batang jadi tumpuan penduduk
Ghazali menunjukkan keadaan pisang yang tumbuh di batang.
BALING - Setandan pisang di Kampung Lanai dekat sini, menjadi tumpuan kerana ia tumbuh di batang pokok pisang yang lain dan tidak seperti kebiasaannya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Lanai, Ghazali Murada berkata, kejadian itu disedari sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, pokok pisang itu mempunyai tumbesaran normal apabila mengeluarkan jantung sebelum menjadi buah.

Pelajar UTM mati lemas


JOHOR BAHRU - Seorang pelajar wanita Universiti Teknologi Malaysia ditemui mati lemas di dalam kolam renang di pusat sukan universiti itu di Skudai di sini petang semalam.
  
Siti Izzati Hasim, 19, pelajar tahun satu kejuruteraan biosains disedari lemas kira-kira 6.45 petang.
  
Mangsa yang berasal dari Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur sebelum itu dilapor pergi untuk berenang di pusat sukan itu bersama lima rakannya yang lain.

Budak 3 tahun dibunuh mak saudara



INILAH rumah di mana Muhammad Muaz mati ditetak ibu saudaranya di Kampung Kejai, Tawar, Baling semalam.


BALING - Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun mati dibunuh oleh seorang ibu saudaranya dalam kejadian di rumah datuknya di Kampung Kejai, Tawar dekat sini semalam.
Ibu saudara mangsa yang menghadapi masalah mental sejak 20 tahun lalu dipercayai sudah menerima rawatan sebanyak lapan kali.

Saturday 29 December 2012

Mangsa Rogol bunuh

NEW DELHI - Polis India menahan tiga suspek dinamakan dalam nota, yang ditinggalkan oleh seorang remaja yang mendakwa dia menjadi mangsa geng rogol, sementara kemarahan di negara itu berhubung peningkatan kes rogol meningkat.

Ketua Polis Daerah Patiala, Punjab, Paramjit  Singh Gill berkata, gadis berusia 17 tahun itu meninggal dunia kelmarin selepas meminum racun.

Dalam nota yang ditulis sebelum membunuh diri, gadis malang itu menyalahkan ketiga-tiga suspek menyebabkan kematian beliau.

Warga emas maut selepas diragut


KEPALA BATAS – Seorang warga emas maut, manakala isterinya cedera selepas motosikal yang ditunggang mereka hilang kawalan lalu terbabas selepas mereka menjadi mangsa ragut dua lelaki di depan pasar awam Jalan Permatang Manggis di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 7.45 malam semasa A. Joseph, 64, dan isterinya sedang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Bagan Ajam selepas menghadiri majlis hari jadi anak saudara mereka di Kampung Kovil.

Friday 28 December 2012

Kemalangan Maut!!! Rempuh tiang elektrik


MARANG – Dua sahabat maut setelah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki terbabas lalu merempuh tiang elektrik, pokok dan pondok menunggu bas di Kilometer 52 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Sekolah Rendah Kebangsaan Jambu Bongkok, di sini pagi ini.
Dalam kejadian pada 7.50 pagi itu, mangsa Jamiluddin Zaiton, 28, dan Shahrul Nazim Mohd Azmi, 19, maut di tempat kejadian setelah cedera parah di bahagian kepala dan badan.

Kemalangan maut!! Murid tahun 5 dilanggar lori ais


KUANTAN - Seorang murid tahun lima maut akibat dilanggar lori ais ketika melintas di Kilometer 12 Jalan Jerantut-Paya Embun-Jerantut Feri dekat Kampung Lada, di Jerantut, petang semalam.

Dalam kejadian 4 petang itu, mangsa, Mohd Faizol Aidil Arzula, 11, dari Kampung Lada, Jerantut mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan kaki kanan.

Menurut Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim, mangsa dilanggar semasa sedang melintas jalan secara tiba-tiba.

Artis Wanita Malaysia paling banyak Search di Google

Entri kali ini Kawan nak kongsikan 3 artis wanita Malaysia yang berada di Top ranking Search di Google.

 

Rogol gadis 17 tahun-pelajar lelaki ditahan


gambar hiasan

KANGAR - Seorang pelajar berusia 14 tahun ditahan polis kerana disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di dua lokasi iaitu di Chuping dan Bukit Jernih dalam kejadian pada 18 Disember lalu.

Parah!!! pelajar rempuh kereta di kulim


Pelajar parah rempuh kereta
Mangsa dibawa ke Hospital Kulim bagi mendapatkan rawatan lanjut.
KULIM - Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun parah selepas merempuh kereta kira-kira jam 5 petang kelmarin.

Ketua Trafik Kulim, Asisten Superintendan Ismail Ayob berkata, mangsa yang menunggang motosikal dipercayai datang dari arah Taman Seroja menuju ke Taman Harmoni.

Menurutnya,  sepanjang perjalanan mangsa mengekori di belakang sebuah kereta. Memandangkan tiada sebarang kenderaan datang dari arah bertentangan, mangsa kemudiannya memotong kenderaan di hadapannya.

Buat laporan polis atas talian



ORANG ramai kini lebih mudah untuk melaporkan sesuatu kes apabila PDRM memperkenalkan sistem membuat laporan dalam talian tahun depan. – Gambar hiasan.



SABAK BERNAM – Bermula tahun depan, orang ramai boleh membuat laporan polis secara dalam talian melalui portal laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tanpa perlu ke balai polis, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Tebus Rebat telefon 1 JAN 2013


KUALA LUMPUR – Belia yang berusia antara 21 dan 30 tahun boleh mula memohon rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai Selasa ini.
Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, permohonan di bawah Pakej Komunikasi Belia itu boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/.
Skim itu berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada, katanya dalam satu kenyataan semalam.
Mohamed Sharil berkata, belia yang layak menikmati rebat RM200 itu boleh membeli telefon pintar 3G terpilih berharga sehingga RM500 daripada pengedar terpilih dan ejen yang dilantik oleh penyedia perkhidmatan.
“Tujuannya ialah untuk memperluaskan insentif itu merangkumi belia berpendapatan rendah yang masih belum menggunakan telefon pintar dan tidak mampu untuk menaik taraf telefon lama 2G mereka kepada telefon pintar 3G yang asas,” katanya.

Sumber Kosmo
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1228&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2GHzT7i9D 

Gadis relakan diri disetubuhi demi negara


Gadis Jepun ini rela disetubuhi oleh lelaki hanya kerana ingin membayar hutang Negara.

2 Orang Mati tertimbus tanah runtuh di Sungai Petani



ANGGOTA bomba mengeluarkan salah satu mayat pekerja kontrak yang maut selepas ditimbus tanah runtuh di Sungai Petani semalam.


SUNGAI PETANI – Malang menimpa dua pekerja kontrak apabila mereka maut akibat ditimbus tanah runtuh ketika sedang melakukan kerja-kerja memasang saluran paip kumbahan di tapak pembinaan projek perumahan Ambangan Heights, Jalan Bukit Selambau di sini semalam.

Thursday 27 December 2012

Anggota polis maut dirempuh van


Anggota polis trafik maut dirempuh van
Keadaan motosikal yang ditunggang Shah Rizal.
PORT DICKSON – Seorang anggota Polis Trafik di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Port Dickson maut dalam satu kemalangan di Kilometer 3.5 Jalan Pantai Port Dickson sekitar jam 10.54 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, mangsa Koperal Shah Rizal Abu Bakar, 30, yang menunggang motosikal berkuasa tinggi maut di tempat kejadian.

Menurutnya,  siasatan awal polis mendapati, mangsa menunggang bersendirian dari arah Port Dickson ke Telok Kemang dirempuh sebuah van dari arah bertentangan yang secara tiba-tiba memasuki lorong kanan jalan.

Mangsa banjir di Kuantan dapat rumah baru

KUANTAN - Sejumlah 46 buah keluarga mangsa banjir kilat di Kampung Sungai Galing dekat sini menemui harapan baru apabila kerajaan negeri akan memindahkan mereka ke kediaman baharu bermula Mac tahun depan.

Anggota Dewan Undangan Negeri Teruntum, Datuk Chang Hong Seong berkata mereka akan dipindahkan berikutan kawasan berkenaan kerap dinaiki air apabila berlakunya banjir kilat dan keadaan rumah yang usang.

"Mereka akan dipindahkan ke kawasan Perumahan Pak Mahat di Tanjung Lumpur selewat-lewatnya bulan Mac tahun depan.

Kisah banduan sepanjang hayat

Apa yang nak di kongsi pada kali ini adalah kisah benar banduan sepanjang hayat, jadikan ia sebagai renungan dan iktibar.
Walaupun ia hanyalah video tapi jadikan ia supaya saling ingat mengingati

Lelaki duhukum gantung - Bunuh gadis 16 tahun


gadis bunuh
Kalaiselvan yang dihukum gantung kerana didapati bersalah membunuh seorang gadis 16 tahun dibawa keluar dari mahkamah.
JOHOR BAHRU – Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh seorang gadis berumur 16 tahun pada Jun 2011.
Dalam keputusannya, Hakim, Datuk Abdul Halim Aman mendapati pihak pembelaan gagal mengemukakan keraguan munasabah dan keterangan tertuduh, D Kalaiselvan, 47, bersifat penafian tanpa bukti kukuh.

rogol anak tiri berusia 14 tahun bekas anggota ruffedge didakwa


AMPANG - Seorang bekas anggota kumpulan Ruffedge hari ini didakwa merogol anak tirinya berumur 14 tahun, Februari lalu.

Lelaki berusia 37 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Roszianayati Ahmad.

Dia  yang memakai baju kemeja-T berwarna biru didakwa melakukan perbuatan berkenaan di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya, jam 9 pagi pada 9 Februari lalu.

Banjir ragut nyawa kedua


KEMAMAN - Kejadian banjir di Terengganu meragut satu lagi nyawa hari ini apabila seorang remaja lemas ketika bermain air banjir di kawasan perumahan Bukit Mentok, di sini petang ini.
Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu mangsa Mohd Hamidi Abdul Hamid, 15, dan seorang rakannya, dipercayai bermain dan mendayung sampan berhampiran rumahnya.

dipukul sampai mati kerana salah sangka



SEKUMPULAN penduduk pulang ke rumah mereka yang hangus terbakar di kawasan setinggan di Bandar San Juan, Manila Filipina.


MANILA, Filipina - Lapan orang terbunuh manakala 5,000 penduduk tinggal sehelai sepinggang selepas satu kebakaran berlaku di sebuah kawasan setinggan di bandar San Juan ketika sambutan Hari Krismas, kata beberapa pegawai semalam.

Cedera diserang 5 lelaki dengan parang



SEORANG lelaki yang parah akibat dilibas diberi bantuan awal oleh pasukan penyelamat di George Town kelmarin.


GEORGE TOWN - Perasaan dendam yang membuak-buak mendorong sekumpulan lima samseng bertindak nekad menyerang, menetak dan menghentak seorang lelaki hingga parah dalam kejadian di Gat Lebuh Macallum di sini kelmarin.

Wednesday 26 December 2012

Dividen ASN RM 6.30 seunit


KUALA LUMPUR — Permodalan Nasional Bhd. (PNB) hari ini mengumumkan kadar pengagihan pendapatan di dalam anak syarikat milik penuhnya, Sekim Amanah Saham Nasional (ASN) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2012, sebanyak 6.30 sen seunit, yang merupakan jumlah yang terbaik dalam tempoh 12 tahun ini.
Jumlah itu merupakan peningkatan 0.25 sen berbanding tahun lepas, dan ia bakal diterima oleh seramai 1.23 juta pemegang unit yang melanggan 1.46 bilion unit ASN.
Peruntukan bagi pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran RM92.18 juta berbanding RM89.5 juta yang dibayar pada tahun lepa

Sumber Kosmo
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1226&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_10.htm#ixzz2G9oJkrOm 
Hakcipta terpelihara
 

KWSP- Pengeluaran RM3 Ribu untuk pergi Haji


KUALA LUMPUR — Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini memperkenalkan ‘Pengeluaran Haji’ yang membolehkan ahli KWSP mengeluarkan simpanan mereka sehingga RM3,000 daripada Akaun 2 bagi membiayai kos ibadah haji berkuat kuasa 1 Januari ini.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi KWSP, Datuk Ibrahim Taib berkata, permohonan mudah tanpa perlu mengisi borang itu boleh dibuat ahli berumur kurang 55 tahun dengan syarat mereka telah menerima surat tawaran menunaikan haji daripada Lembaga Tabung Haji (LTH).

Polis tahan Geng Monyet-Selesaikan 10 kes Ragut


JOHOR BAHRU — Polis percaya berjaya menyelesaikan 10 kes ragut dan samun yang dilakukan ‘Geng Monyet’ di sekitar bandar raya ini selepas menahan seorang anggota kumpulan tersebut di Jalan Skudai, di sini hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintenden Beh Eng Lai berkata, lelaki berumur 25 tahun itu ditahan anggota polis peronda selepas dia bersama lima rakan yang lain bertindak meragut satu telefon bimbit daripada seorang pekerja kilang di sebuah stesen minyak di Kampung Pasir, Tampoi, di sini, 4.15 pagi tadi.

Warga emas ditemuai mati dipercayai disamun


Warga emas ditemui mati dalam keadaan bogel, diikat
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar untuk bedah siasat.
SEREMBAN – Seorang warga emas ditemui mati dalam keadaan kaki dan tangan terikat dipercayai disamun di sebuah rumah di Jalan Rasah di sini, hari ini.

Mangsa, Edward Rajasooria Sebastian, 62, yang tinggal seorang diri di rumahnya itu ditemui mati dalam keadaan bogel kira-kira jam 8.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamarudin berkata, mangsa yang masih bujang dan tidak bekerja itu dipercayai disamun berikutan tiada dompet ditemui pada mangsa selain jam tangan miliknya turut hilang.

Sesi persekolahan akan ditanguhkan



PUTRAJAYA — Sesi persekolahan 2013, yang akan bermula 1 dan 2 Januari nanti mungkin akan ditangguhkan bagi sekolah-sekolah yang terjejas akibat banjir.
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Operasi Pendidikan), Sufa”at Tumin berkata, keputusan itu akan ditentukan Pengarah Pelajaran Negeri berdasarkan maklumat yang diterima melalui Majlis Keselamatan Negara dan Bilik Gerakan Banjir Negeri.

Jangan percayakan bomoh-persatuan bekam


Syed Araniri Syed Ahmad
Syed Araniri Syed Ahmad
ALOR SETAR - Persatuan Pengamal Bekam Sunnah dan Ruqyah Malaysia menasihati orang ramai supaya tidak terlalu percaya dengan amalan bomoh.

Pengerusinya, Syed Araniri Syed Ahmad berkata, orang ramai diminta jangan terlalu taasub dengan amalan atau arahan bomoh tersebut semasa mendapatkan rawatan kerana dikhuatiri berlaku perkara tidak diingini seperti rogol dan sebagainya.

Katanya, dari segi perubatan, ibu bapa tidak seharusnya membenarkan anak mereka memasuki bilik rawatan bomoh tanpa ditemani muhrim.

Bersanding atas jentolak


Hasrat sanding atas jentolak tercapai
Mohd Zulkhairi dan Malisza tersenyum simpul atas jentolak yang menjadi pelamin bergerak mereka.
SIK- Hasrat sepasang pengantin untuk bersanding dengan cara istimewa tercapai setelah mereka diarak menggunakan jentolak sejauh satu kilometer di Kampung Teloi Tua dekat sini, kelmarin.

Mohd Zulkhairi Wahab, 30, bersama pasangannya Malisza Alias, 28, bersyukur keinginan mereka selama ini telah tercapai.

Mohd Zulkhairi berkata, dia memang teringin untuk melangsungkan majlis persandingannya dengan cara yang u
nik

Sumber Sinar harian

Ibu & Anak ditahan miliki dadah


Dua beranak ditahan
Selain heroin, polis turut merampas alat penimbang dan peralatan untuk membungkus dalam serbuan berkenaan.
TAIPING – Seorang ibu dan anak lelakinya ditahan polis atas kesalahan memiliki dadah jenis heroin seberat  450 gram bernilai RM 17, 000.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, dua beranak yang berusia 54 dan 31 tahun itu, ditahan pihaknya pada 21
Disember lalu kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Menurutnya, sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Taiping dua menahan beranak berkenaan di  sebuah rumah, Jalan Raja Muda, Aulong.

Mangsa Banjir di pantai timur 12 Ribu orang



PENDUDUK Kampung Buloh di Setiu menaiki sampan untuk berpindah ke pusat pemindahan banjir di Setiu semalam.


KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang semakin buruk semalam dengan maklumat terkini menunjukkan lebih 12,305 mangsa dipindahkan berbanding 2,921 mangsa yang dipindahkan kelmarin.
Terengganu terus mencatat mangsa terbanyak dengan 6,637 mangsa dipindahkan ke 111 pusat pemindahan sementara di kesemua tujuh daerah di negeri itu ekoran hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.

5 maut kereta bertembung lori ikan



KEADAAN kereta Perodua Kancil yang bertembung dengan lori membawa muatan ikan di simpang Ladang Muncul Maju, Jalan Nangoh Paitan, Beluran, Sabah kelmarin.


BELURAN - Lima termasuk dua beradik terbunuh selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori membawa muatan ikan dalam kemalangan di simpang Ladang Muncul Maju, Jalan Nangoh Paitan dekat sini malam kelmarin.
Kejadian pada pukul 8.45 malam itu berlaku ketika kesemua mangsa yang menaiki kereta jenis Perodua Kancil dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Kampung Sulit Paitan.

Wanita 36 tahun mangsa banjir pertama


KUALA TERENGGANU 25 Dis. - Seorang wanita menjadi korban pertama banjir di Terengganu apabila ia ditemui lemas setelah terjatuh ke dalam Sungai Lanjut berdekatan Jambatan Permaisuri hari ini.
Ketua Operasi Penyelamat Balai Bomba dan Penyelamat Setiu, Mohd. Izani Zakaria ketika mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya dengan bantuan penduduk kampung, menemui mayat mangsa pada pukul 6.30 petang berdekatan tempat mangsa terjatuh.

Tuesday 25 December 2012

2 warga emas maut kemalangan di Raub


Warga emas suami isteri maut
Keadaan Proton Wira dipandu mangsa yang remuk teruk selepas terbabit kemalangan di Kilometer 327 Jalan Raub – Lipis.
RAUB – Pasangan suami isteri warga emas meninggal dunia selepas terbabit kemalangan di Kilometer 327 Jalan Raub–Lipis dalam kawasan Kampung Sega, kira-kira jam 8.15 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, mangsa, Jamidin Jamil, 61, dan isterinya, Rahmah Mohamad Ali, 61, yang beralamat di Jerantut dalam perjalanan ke Raub.

Menurutnya, ketika tiba di tempat kejadian, sebuah kereta jenis Honda City dipandu lelaki berusia 28 tahun dari arah bertentangan, cuba memotong kenderaan di hadapan.

Perogol kanak-kanak 12 & 14 tahun didakwa



Padah 'baham' dua beradik
Dari kiri, Sandi dan Heri diiringi anggota polis (kanan) keluar dari kamar mahkamah sebelum dihantar ke penjara menjalani hukuman selepas mengaku bersalah atas tuduhan rogol.
KUANTAN - Dua beradik itu baru berusia 12 dan 14 tahun. Seorang daripadanya sebelum ini menunjukkan prestasi yang baik dalam pelajaran.

Namun masa depan dua kanak-kanak Orang Asli itu dibimbangi terjejas berpunca daripada satu insiden awal pagi 13 Disember lalu apabila mereka jadi pemuas nafsu dua warga Indonesia yang bekerja di Ladang Rompin Seong Thye Plantations, Muadzam Shah, Rompin.

Mengikut fakta kes, kejadian yang pasti meninggalkan kesan yang mendalam terhadap dua kanak-kanak itu dan juga keluarga mereka berlaku antara jam 1.30 hingga 5 pagi.

Mangsa Rogol trauma


Derita mangsa rogol askar Serb
Wanita yang menjadi mangsa kerakusan askar Serb mengalami tekanan mental kerana turut diseksa dengan kejam.
Derita mangsa rogol askar Serb
Ribuan bayi hasil tindakan kejam askar Serb dilahirkan dalam tahun 1990-an.
Derita mangsa rogol askar Serb
Kumpulan hak asasi kemanusiaan menggesa kerajaan memberi keadilan kepada mangsa-mangsa rogol rejim Serb.
Fika, 15, dan kakaknya berumur 17 sewaktu ditangkap dan dirogol bergilir-gilir oleh sepasukan askar Serb yang menawan wilayah timur Bosnia di awal tahun 1990-an lalu.

"Selepas saya di rogol, mereka (askar Serb) merogol kakak. Mereka turut memaksa saya menonton perbuatan kejam terhadap kakak.

"Mereka juga memaksa kami mengaku sebagai pengintip, jadi kami dipukul dan dicabut gigi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...