RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Tuesday 25 December 2012

2 warga emas maut kemalangan di Raub


Warga emas suami isteri maut
Keadaan Proton Wira dipandu mangsa yang remuk teruk selepas terbabit kemalangan di Kilometer 327 Jalan Raub – Lipis.
RAUB – Pasangan suami isteri warga emas meninggal dunia selepas terbabit kemalangan di Kilometer 327 Jalan Raub–Lipis dalam kawasan Kampung Sega, kira-kira jam 8.15 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, mangsa, Jamidin Jamil, 61, dan isterinya, Rahmah Mohamad Ali, 61, yang beralamat di Jerantut dalam perjalanan ke Raub.

Menurutnya, ketika tiba di tempat kejadian, sebuah kereta jenis Honda City dipandu lelaki berusia 28 tahun dari arah bertentangan, cuba memotong kenderaan di hadapan.


“Pemandu Honda City itu tidak sempat memotong lalu bertembung dengan kereta jenis Proton Wira dipandu mangsa.

“Pertembungan tersebut mengakibatkan bahagian depan Proton Wira remuk teruk. Manakala, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana tersepit,” katanya.

Wan Mohd Samsudin berkata, pemandu Honda City pula mengalami kecederaan dan mendapat rawatan di Hospital Raub.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan waris si mati sudah dihubungi untuk pengecaman mayat.

“Pemandu seharusnya mematuhi peraturan dan sentiasa memastikan jarak bersesuaian ketika hendak memotong kenderaan lain.

“Elak sebarang kecuaian sehingga mengakibatkan orang tidak bersalah turut menjadi korban,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...