RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Thursday 27 December 2012

Mangsa banjir di Kuantan dapat rumah baru

KUANTAN - Sejumlah 46 buah keluarga mangsa banjir kilat di Kampung Sungai Galing dekat sini menemui harapan baru apabila kerajaan negeri akan memindahkan mereka ke kediaman baharu bermula Mac tahun depan.

Anggota Dewan Undangan Negeri Teruntum, Datuk Chang Hong Seong berkata mereka akan dipindahkan berikutan kawasan berkenaan kerap dinaiki air apabila berlakunya banjir kilat dan keadaan rumah yang usang.

"Mereka akan dipindahkan ke kawasan Perumahan Pak Mahat di Tanjung Lumpur selewat-lewatnya bulan Mac tahun depan.



"Jadi sementara tu, kalau rumah yang teruk sangat, kita akan tempatkan mereka di rumah sewa atau rumah jiran berdekatan," katanya kepada pemberita selepas melawat kediaman mangsa berkenaan di sini hari ini.

Tinjauan Bernama hari ini mendapati kebanyakan rumah di kawasan tersebut dicemari sampah sarap, mengalami kerosakan yang agak teruk dan terdapat beberapa buah rumah yang sudah berusia lebih 40 tahun dilihat hampir roboh selepas dinaiki air sedalam dua meter.
 
Kebanyakan daripada mangsa banjir di kawasan itu kini ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Galing.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur dan Ketua Pemuda Umno Kuantan, Datuk Suffian Awang.

Dalam pada itu, mangsa Lijah Othman berasa bersyukur dengan bantuan kediaman baharu yang akan diberikan kerajaan setelah rumahnya hampir musnah ekoran banjir kilat yang melanda bandar Kuantan kelmarin.

"Saya juga nak merayu bantuan baju sekolah, kasut sekolah untuk anak-anak saya serta sikit bantuan untuk membeli periuk belanga dah punah habis," katanya sedih

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...