Orang ramai khasnya belia yang berada di Kuala Terengganu yang masih lagi mencari peluang pekerjaan dan juga bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat untuk menyertai program-program latihan ataupun mendapatkan khidmat nasihat, bimbingan keusahawanan serta kemudahan pinjaman bagi mereka yang berminat membuka perniagaan sendiri dijemput ke Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu pada 22 dan 23 Feb semperna program BN Yount Job Fair 2013.
Terdapat 80 syarikat termasuk agensi kerajaan dan pusat latihan menyertai program ini dengan anggaran sebanyak 20,000 belia serta orang ramai akan hadir ke program yang berlangsung selama dua hari ini.
100 Koleksi Teka Teki Lawak Bodoh Kelakar
5 weeks ago