RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Saturday 17 November 2012

Pelaksanaan bukan mahu dera pemandu

Putrajaya: Sebanyak 450,000 kemalangan direkodkan di negara ini tahun lalu yang mengorbankan 7,000 pengguna jalan raya dengan purata 18 hingga 19 kematian setiap hari. 

Sejak 10 tahun lalu, 70,000 pengguna jalan raya terkorban akibat kemalangan dan jumlah itu cukup untuk memenuhi sebuah stadium atau memuatkan penumpang dalam 140 kapal terbang Airbus A380. 
Berdasarkan fakta itu, Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dilaksanakan sejak 23 September lalu, bertujuan mengurangkan nahas jalan raya. 

Kakak temui mayat bayi di bilik adik


Anggota polis membawa keluar mayat bayi di Jalan Haji Salleh, Meru, semalam. - Foto Osman AdnanAnggota polis membawa keluar mayat bayi di Jalan Haji Salleh, Meru, semalam. - Foto Osman Adnan
Meru: Seorang wanita menemui mayat bayi lelaki, dipercayai anak luar nikah adiknya di rumah mereka di Jalan Haji Salleh, di sini, petang semalam.

Wanita terbabit yang berusia 27 tahun pada mulanya menemui tompokan darah pada tilam dalam bilik adiknya itu dan terus memeriksa sebelum menjumpai mayat bayi yang cukup sifat, dipercayai dilahirkan sekitar jam 4 petang kelmarin. 
Mayat bayi terbabit ditemui berbalut di atas tilam dalam bilik suspek. 

Lelaki didakwa curi susu tak tergamak lihat anak lapar

Kuantan: Seorang bapa sanggup mencuri susu kerana tidak mahu melihat anak perempuannya yang berusia sembilan tahun menangis kelaparan. 

Alasan itu dikemukakan Mohamad Sobir Kashim, 32, ketika membuat pengakuan bersalah mencuri sebungkus susu Anlene Gold seberat 660 gram berharga RM21.99. 
Mahkamah Majistret semalam menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan ke atas Mohamad Sobir berasal dari Padang Serai, Kedah, yang dituduh melakukan kesalahan itu di pasar raya Jaya Gading, Semambu, dekat sini pada 13 November lalu. 


Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan. 

PBB didesak ambil tindakan terhadap Israel

Kuala Lumpur: Malaysia semalam mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan tegas berhubung apa yang disifatkan sebagai tindakan ketenteraan tidak bertanggungjawab oleh Israel yang mensasarkan orang awam di Gaza.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan oleh aktiviti ketenteraan dan serangan udara Israel itu yang sehingga semalam membunuh 13 orang termasuk tiga kanak-kanak. 
Malaysia menggesa semua pihak terbabit menghentikan sebarang tindakan provokatif, bertenang dan mengekang sebarang tindakan yang boleh menyebabkan kerosakan lebih besar dan kehilangan nyawa, terutama di kalangan penduduk awam di Semenanjung Gaza, katanya dalam kenyataan disini, semalam. 

Sembelih leher



ANGGOTA polis mengusung mayat Muthuraj yang ditemui mati di dalam tandas sebuah restoran di George Town semalam.


GEORGE TOWN - Seorang tukang masak yang tertekan selepas permohonan cutinya untuk pulang menyambut Deepavali di India ditolak oleh majikannya ditemui mati dalam keadaan mengerikan dengan lehernya hampir putus akibat dikelar di dalam tandas sebuah restoran di Bayan Baru dekat sini kelmarin.

3 anggota polis dituduh merogol




ANGGOTA polis mengiringi tiga anggota polis yang didakwa merogol seorang wanita Indonesia di Mahkamah Sesyen Butterworth semalam.



BUTTERWORTH – Tiga anggota polis masing-masing berpangkat konstabel dan koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan merogol dan melakukan seks luar tabii terhadap seorang wanita warga Indonesia minggu lalu.

Friday 16 November 2012

Bekas atlet wanita didapati lelaki


Macam ni pun ada ke...




KOLKATA, India - Bekas atlet wanita India yang memenangi tiga pingat emas pada acara trek Sukan Asia Selatan 2006, Pinki Pramanik (gambar) meminta Ketua Menteri Bengal Barat, Mamata Banerjee campur tangan bagi membantunya selepas dia diisytiharkan sebagai lelaki oleh satu panel doktor, lapor berita NTV semalam.

Karnival kerjaya tawar 40,000 peluang pekerjaan



KUALA LUMPUR – Seramai 15,000 orang telah mengunjungi hari pertama Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) 2012 peringkat Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, sebanyak 40,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang ditawarkan oleh 240 majikan dari seluruh negara pada pesta kerjaya selama tiga hari itu.

Thursday 15 November 2012

Hutan dibawah padang pasir


Disebuah negara Arab iaitu Maghribi terdapat sebuah hutan di bawah tanah tengah padang pasir. Jom lihat gambar keindahan dunia bawah padang pasir.


Gambar tasik didalam gunuung Berapi


Tasik didalam gunung berapi ini terletak di negeri bebas Samoa, dalam  kampung Latofaga selamat dan tersembunyi dari mata pelancong ini adalah syurga sebenar dan tiada siapa menyangka gunung berapi yang tidak aktif ini menyimpan satu keindahan yang amat luar biasa.

Nasib Laut Aral

Laut Aral merupakan sebuah tasik yang dahulunya merupakan tasik yang kelima terbesar di dunia dengan keluasan 68,000 km2. Laut Aral sendiri bermaksud laut kepulauan (Sea of Islands) merujuk kepada hampir 1500 buah pulau yang pernah berada di laut ini suatu ketika dahulu.Namun sekarang mungkin nama ini patut ditukar kerana situasi yang berlaku ketika ini menjadikan nama itu sudah tidak relevan lagi.

Tuesday 13 November 2012

Bendera Malaysia dibakar di Indonesia - kosmo



13/11/2012 6:51pm

JAKARTA — Isu tiga anggota polis Malaysia yang didakwa merogol seorang wanita rakyat Indonesia di Pulau Pinang baru-baru ini menyebabkan sekumpulan penunjuk perasaan berdemonstrasi berhampiran kediaman Duta Besar Malaysia ke Indonesia, di Jalan Patra Kuningan Utara, di sini hari ini.
Dalam demonstrasi pada pukul 1 petang itu, kira-kira 20 orang yang mewakili kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) mendesak kerajaan Indonesia mengusir Duta Besar Malaysia dari republik itu selain bertindak membakar bendera Malaysia bagi menunjukkan kemarahan terhadap kejadian yang berlaku ke atas wanita berusia 25 tahun itu.

Tabasco dapat pengesahan Jakim - Kosmo



RANGKAIAN produk sos Tabasco banyak digunakan dalam penyediaan makanan harian keluarga di Malaysia.


PRODUK makanan daripada jenama Tabasco sudah disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh pengeluar, Mcllhenny Company.
Mereka menegaskan bahawa pembuatan dan kandungan sos lada tersebut mematuhi hukum Islam dan Piawaian Halal Malaysia.

Sunday 11 November 2012

1 maut, 3 parah tayar kereta pancit


11/11/2012 4:04pm


IPOH - Seorang maut manakala tiga cedera parah apabila kereta Toyota Avanza yang dinaiki sebuah keluarga dikatakan terbabas dan melanggar penghadang jalan di KM299.9 Lebuh raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Kampar, dekat sini pagi tadi.
Enam lagi anggota keluarga itu dilaporkan cedera ringan dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 4.40 pagi itu.
Ketua Polis Daerah Kampar, Supritendan Ng Kong Soon berkata, mangsa yang meninggal di tempat kejadian dikenali sebagai A. Kusulakumary, 55, yang duduk di bahagian belakang.
Pemandu van itu yang berumur 53 tahun patah peha kanan.
Kong Soon berkata, polis tidak menolak kemungkinan kejadian berpunca akibat tayar kanan belakang kenderaan itu pancit sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan. — KOSMO

PELIK TAPI BENAR



Rumah terkecil dibina satu hari


Rumah terkecil di dunia.Rumah terkecil di dunia.
London: Seorang arkitek Jerman cuba menangani krisis perumahan dengan mencipta rumah paling kecil di dunia berukuran hanya satu meter persegi dan hanya memakan masa sehari untuk dibina. 

Pengisian sambutan hijrah mesti menepati cita rasa syariat


Kita sudah hampir kepada tahun 1434 Hijrah, permulaan tahun baru yang mengenang sejarah besar Baginda SAW dan umat Islam seluruhnya. Justeru, penghayatan dan pengisian kepada sambutan ini mestilah menjadi keutamaan. 

Tanpa penghayatan dan memahami konteks hijrah sebenar akan membawa kegagalan kepada umat Islam. Dalam konteks hari ini, sambutan kita bukanlah sekadar memperingati peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW dan sahabat dari Makkah ke Madinah.

Produk Ayamas bebas antibiotik


PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan mengesahkan ujian pada 41 sampel produk ayam syarikat Ayamas Food Corporation Sdn. Bhd. (Ayamas) sehingga semalam mendapati tiada residu antibiotikChloramphenicol yang boleh menjejaskan kesihatan.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman memberitahu, 10 sampel produk yang dikilangkan pada 10 Jun lalu itu diuji untuk memastikan tahap keselamatan produk keluaran syarikat yang terdapat di pasaran termasuk di Sarawak dan mendapati tiada residu antibiotik berkenaan.

HANGAT KOSMO 11/11/2012


Lima pelajar kolej ditahan edar pil kuda



KUANTAN — Polis menahan lima pelajar lelaki sebuah kolej swasta di Pekan semalam yang dipercayai mengedar pil kuda.
Ketua Polis Daerah Pekan, Supt. Yahaya Othman berkata, kesemua pelajar yang berusia 18 tahun itu juga didapati positif dadah tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...