RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Saturday 17 November 2012

Lelaki didakwa curi susu tak tergamak lihat anak lapar

Kuantan: Seorang bapa sanggup mencuri susu kerana tidak mahu melihat anak perempuannya yang berusia sembilan tahun menangis kelaparan. 

Alasan itu dikemukakan Mohamad Sobir Kashim, 32, ketika membuat pengakuan bersalah mencuri sebungkus susu Anlene Gold seberat 660 gram berharga RM21.99. 
Mahkamah Majistret semalam menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan ke atas Mohamad Sobir berasal dari Padang Serai, Kedah, yang dituduh melakukan kesalahan itu di pasar raya Jaya Gading, Semambu, dekat sini pada 13 November lalu. 


Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan. 

Terdahulu, Mohamad Sobir, merayu supaya mahkamah menjatuhkan hukuman ringan atas alasan ia kesalahan pertamanya. 

Penolong Kanan Pendaftar, Mahkamah Majistret, Jessica Daimis dalam keputusan berkata, hukuman itu setimpal selepas mengambil kira kesalahan yang dianggap serius dan sering berlaku dalam masyarakat. 

Sebagai bekas tentera, tertuduh sepatutnya tidak mencuri. Oleh itu, selepas menimbangkan rayuan, hukuman penjara tiga bulan adalah setimpal dengan perbuatan itu, katanya. 
Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Farahah Mohd Nazari manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, seorang tukang cat menghadapi tiga tuduhan merogol seorang gadis bawah umur pada 9 November lalu. 

Tertuduh, Mohd Fauzi Jusoh, 31, dari Kuala Terengganu, mengaku tidak bersalah sebaik tuduhan dibacakan di depan Hakim Mohd Azhar Othman. 

Dia dituduh merogol seorang gadis berusia 13 tahun tiga bulan pada 9 November lalu jam 3.40 pagi di sebuah rumah di Lorong Sungai Isap 33, Taman Murni Uda, di sini. 

Tertuduh mengulangi perbuatannya itu sebanyak dua kali iaitu pada 8.30 pagi dan 12 tengah hari di lokasi dan hari yang sama.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...