RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Friday 16 November 2012

Karnival kerjaya tawar 40,000 peluang pekerjaan



KUALA LUMPUR – Seramai 15,000 orang telah mengunjungi hari pertama Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) 2012 peringkat Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, sebanyak 40,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang ditawarkan oleh 240 majikan dari seluruh negara pada pesta kerjaya selama tiga hari itu.

Selain kekosongan jawatan, katanya, sebanyak 5,000 peluang latihan termasuk keusahawanan dan latihan perindustrian ditawarkan kepada warganegara berusia bawah 40 tahun.
Karnival kedua anjuran Pemuda BN dengan tema ”Kerjaya, Pencapaian, Pengajian dan Rumah” dijangka dikunjungi kira-kira 100,000 orang sehingga Ahad ini, kata Khairy, yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, ketika ditemui pada karnival tersebut.
Katanya, karnival kerjaya yang sama akan dianjurkan di tiga buah negeri pada tahun depan.
Karnival tiga hari di PWTC itu bermula pukul 10 pagi hingga 8 malam. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...