RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Saturday 17 November 2012

Kakak temui mayat bayi di bilik adik


Anggota polis membawa keluar mayat bayi di Jalan Haji Salleh, Meru, semalam. - Foto Osman AdnanAnggota polis membawa keluar mayat bayi di Jalan Haji Salleh, Meru, semalam. - Foto Osman Adnan
Meru: Seorang wanita menemui mayat bayi lelaki, dipercayai anak luar nikah adiknya di rumah mereka di Jalan Haji Salleh, di sini, petang semalam.

Wanita terbabit yang berusia 27 tahun pada mulanya menemui tompokan darah pada tilam dalam bilik adiknya itu dan terus memeriksa sebelum menjumpai mayat bayi yang cukup sifat, dipercayai dilahirkan sekitar jam 4 petang kelmarin. 
Mayat bayi terbabit ditemui berbalut di atas tilam dalam bilik suspek. 


Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong, berkata sejurus mengetahui kejadian itu, kakak suspek yang bekerja sebagai penyelia sebuah pasar raya segera membuat laporan polis. 

Suspek berusia 24 tahun yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya itu dikatakan menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki warga negara Bangladesh sehingga hamil. 

Bagaimanapun, teman lelaki suspek sudah pulang ke negara asalnya sejak Mac lalu. Pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dihantar ke tempat kejadian untuk membantu siasatan dan turut menemui tali pusat bayi terbabit di dalam beg plastik di rumah suspek, katanya ketika dihubungi BH semalam. 

Katanya, mayat bayi terbabit dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini untuk bedah siasat manakala suspek dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. 
Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan (KK) kerana menyembunyikan kelahiran dan jika didapati bersalah, boleh dihukum penjara dua tahun, denda atau kedua-duanya, katanya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...