RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Thursday 3 January 2013

29 orang GRO pusat hiburan di Mentakab ditahan


29 ditahan dalam tiga serbuan Ops Noda
Sebahagian GRO warga asing yang ditahan dalam Ops Noda sempena tahun baru sekitar Mentakab, awal pagi semalam.
TEMERLOH – Seramai 29 warga asing yang bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) ditahan dalam operasi bersepadu Ops Noda, sejam selepas sambutan tahun baru sekitar Mentakab, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah, Pemangku Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, tiga serbuan dilakukan serentak sekitar pusat hiburan di bandar ini diketuai Ketua Balai Polis Mentakab, Inspektor Rizal Mohd Dan dan Pegawai D7, Inspektor Mohd Najib Mohd Nizam
.

Menurutnya, serbuan pertama ke atas sebuah premis hiburan di Jalan Mok Hee Kiang berjaya menahan 10 wanita warga Thailand dan seorang lelaki penjaga premis.

“Dalam satu lagi serbuan di Jalan Dagang 1/1, Taman Perindustrian Temerloh, pasukan terbabit menahan 16 wanita Vietnam, tiga wanita China dan seorang lelaki penjaga premis,” katanya, semalam.

Abdul Aziz berkata, mereka ditahan kerana melakukan beberapa kesalahan antaranya melanggar syarat pas lawatan sosial, tiada dokumen pengenalan diri dan menggaji pekerja asing tanpa visa sah.

Menurutnya, operasi semalam dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh dengan kerjasama Jabatan Imigresen serta Majlis Perbandaran Temerloh.

Katanya, pihaknya masih menyiasat sama ada premis terbabit turut menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan.

"Semua wanita berumur antara 20 hingga 30 tahun itu ditahan untuk siasatan di bawah Peraturan 39 (B) Peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat dikenakan.
“GRO terbabit boleh dihukum penjara tidak lebih enam bulan atau denda tidak lebih RM1,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Dalam satu lagi serbuan, Abdul Aziz berkata, pihaknya berjaya menahan seorang lelaki di Jalan Industri, Taman Perindustrian Temerloh yang dikehendaki polis atas kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan.

“Lelaki berusia 23 tahun itu ditahan ketika sedang berhibur di dalam premis hiburan,” katanya.


Sumber Sinar harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...