RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Tuesday 1 January 2013

Lelaki mati jatuh bangunan sekolah



KOTA TINGGI — Mayat seorang lelaki ditemui setelah dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan Sekolah Kebangsaan Tun Dr. Syed Nasir, Felda Pasak, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Che Mahazan Che Aik berkata, lelaki terbabit dipercayai berada di sekolah itu untuk mencuri wayar tembaga dan mayatnya ditemui tukang kebun sekolah itu pada pukul 7.15 pagi ketika hendak memotong rumput.
"Polis menemui pemotong wayar, tiga gulung wayar tembaga serta motosikal dipercayai milik lelaki terbabit yang ditinggalkan tidak jauh dari tempat kejadian,” katanya.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0101&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_09.htm#ixzz2GjfaHdhT 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...