RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Monday 31 December 2012

Rakan suspek bunuh warga emas ditahan polis


Rakan warga emas mati selepas disamun ditahan
Laporan akhbar ini pada 27 Disember lalu berkenaan Edward yang ditemui mati selepas disamun.
SEREMBAN – Seorang penganggur ditahan polis bagi membantu siasatan kes mangsa bunuh yang ditemui mati dalam keadaan bogel dengan kaki dan tangan diikat serta kepalanya ditutup kain sarung di rumah di Jalan Rasah, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, lelaki terbabit yang berusia 45 tahun dipercayai rakan mangsa dan telah ditahan di sebuah rumah di Kuala Pilah petang kelmarin.


“Kita menahan lelaki terbabit bagi membantu siasatan dan dia telah ditahan teman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

“Berdasarkan siasatan awal, hasil bedah siasat mendapati mangsa, Edward Rajasooria Sebastian, 62, terkena serangan jantung ketika kejadian,” katanya.

Bagaimanapun katanya, siasatan akan dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berikutan pemeriksaan lanjut menemui kaki dan tangan mangsa diikat manakala kepala ditutup kain sarung.

Saiful berkata, pihaknya masih mengenal pasti motif pembunuhan dan mengesan suspek lain yang berkaitan dalam kes terbabit.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, seorang warga emas ditemui mati dalam keadaan bogel dengan kaki dan tangan diikat manakala kepala ditutup kain sarung di sebuah rumah di Jalan Rasah, di sini.

Mayat Edward ditemui kira-kira jam 8.30 pagi di biliknya selepas polis menerima aduan jiran yang berasa pelik mangsa tidak keluar rumah selama dua hari.

Pemeriksaan polis juga mendapati tiada kesan kecederaan pada tubuh mangsa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...