RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Saturday 1 December 2012

Kemalangan di Gopeng 1 maut 8 cedera



GOPENG - Seorang penumpang kereta maut apabila kenderaan dinaikinya dirempuh bas di Kilometer 293.8 Lebuh Raya Utara-Selatan, arah selatan berhampiran susur keluar Gopeng, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 3.48 pagi itu, kereta dinaiki pelajar Kolej Tunku Abdul Rahman, berusia 21 tahun, dikatakan hilang kawalan lalu merempuh penghadang jalan dilorong kanan sebelum dirempuh bas yang dinaiki 31 penumpang.

Penunggang matosikal maut di tempat kejadian

'Melekat' pada besi

BALAKONG – Seorang pemandu lori mati ‘melekat’ di besi pembahagi jalan selepas terbabas ketika menunggang motosikal di Kilometer 0.2 Jalan Balakong-Seri Kembangan di sini, lewat malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, mangsa S Subramaniam,48, dikatakan baru pulang dari tempat kerja di Balakong ke rumahnya di Taman Sungai Besi Indah

budak 6 tahun dirogol

BAGAN SERAI - Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun tidak menyangka ajakan jiran berusia 13 tahun untuk bermain 'khatan' olok-olok menyebabkannya dirogol di bilik air rumah suspek di Batu 4, Jalan Selama di sini pada 24 November lalu.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, dalam kejadian antara jam 4 hingga 5 petang itu, mangsa tinggal seorang diri di rumahnya sebelum dipelawa suspek untuk diajak 'berkhatan'.

Palestin perolehi status baharu


Status baharu yang diperolehi Palestin didalam perhimpunan agung PBB menyebabkan Israel marah

Ikuti berita dibawah.....



AFP
SEJUMLAH penduduk bersorak bagi meraikan status baharu Palestin di Ramallah, Tebing Barat kelmarin.

remaja disimbah asid kerana merogol


GEORGE TOWN - Seorang remaja lelaki melecur di kedua-dua belah paha berdekatan kemaluannya akibat disimbah sejenis cecair disyaki asid oleh sekumpulan lelaki selepas didakwa memperkosa seorang kenalan Facebook di dalam tandas sebuah pusat beli-belah di sini minggu lalu.

Friday 30 November 2012

Seorang lagi Maut kemalangan Ngeri di Slim River

Anak patung
mangsa yang cedera parah didalam kemalangan ngeri di Slim River pada hari selasa lepas akhirnya meninggal dunia semalam. Mangsa adalah Daphne Eng Yuik Yee, 14, dikebumikan di tanah perkuburan bukan islam Bukit Mertajam. jumlah mangsa yang maut didalam kemalangan ngeri itu termasuk Daphane Eng Yuik Yee adalah 5 orang kesemuanya.

Gambar kemalangan maut

Ngeri!!!
Berikut adalah gambar-gambar yang di ambil dari sumber-sumber akhbar tempatan
Chef maut langgar pekerja Plus

Buat aduan kepada Pusat Aduan PKR selepas disaman

30 November.
Saman kecewa
Kuantan- Seorang individu tampil membuat aduan kepada media melalui Pusat Aduan Rakyat PKR Indera Mahkota kerana kecewa dengan tindakan Majlis perbandaran Kuantan (MPK) kerana mengeluarkan saman atas kesalahan menghalang lalu lintas berdekatan Hopital Pakar Kuantan.

Dua permuda menyamar pegawai kastam


KUALA TERENGGANU - Taktik dua lelaki menyamar sebagai Perisik Pegawai Kastam dengan meminta wang RM200 kononnya sebagai ‘wang pelindung’ daripada seorang pemilik kedai runcit terbongkar.

Ia berikutan selepas seorang daripada mereka berjaya ditangkap dalam kejadian di sebuah kedai runcit di Kampung Telaga Daing, di sini, Rabu lalu.

Permuda hilang selepas masuk hutan



Hilang masuk hutan
Mohamad Salleh menunjukkan gambar anak saudaranya yang hilang.
MARANG - Seorang pemuda dilaporkan hilang selepas memasuki kawasan hutan Kampung Medan Rhu, Rhu Renggeh di sini, sejak Isnin lalu dan gagal ditemui hingga petang semalam walaupun operasi mencari dijalankan sejak empat hari lalu.

Bapa saudara mangsa, Mohamad Salleh Hamzah, 66, berkata, mangsa, Wan Mohd Nazri Wan Ghani, 39, keluar dari rumah menuju ke kawasan hutan itu kira-kira jam 3.30 petang, pada Isnin lalu dengan hanya berkain pelekat berwarna hitam.

“Mangsa lebih mesra dipanggil Abang Cu bercakap dengan saya sebelum keluar dan ketika itu saya sedang membaca surat khabar. Saya bertanya hendak ke mana, dia menjawab mahu ke bukit.

Anak dibunuh bapa sendiri


29 Nov 2012

KUANTAN - Seorang pekerja ladang kelapa sawit dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh anak kandungnya sendiri pada 16 Nov lepas.
Mohd Aswadey Ismail, 29, didakwa membunuh Nor Amirah Mohd Aswadey, 11 bulan, di antara pukul 9.30 malam hingga 10.30 malam di rumah mereka yang bernombor 146, Felda Sungai Panching Selatan, di sini.

Amah mati terjatuh dari tingkat 9




PETALING JAYA – Seorang pekerja kedai dobi terkilan kerana tidak sempat menyelamatkan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang didakwa didera secara mental oleh majikannya apabila wanita tersebut ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat sembilan sebuah apartmen semalam.

Thursday 29 November 2012

Samun dan rogol suspek diburu



IMEJ CCTV menunjukkan kelibat tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian samun dan rogol di Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur Ahad lalu.


KUALA LUMPUR – Penjenayah yang menyamun sebuah premis urut sebelum merogol dua wanita Vietnam di Jalan Genting Klang dekat Setapak di sini Ahad lalu kini ibarat cacing kepanasan apabila polis mengedarkan gambar suspek-suspek terlibat.

Bayi 9 bulan maut dihempap durian


NIBONG TEBAL – Seorang bayi lelaki berusia sebulan maut apabila dihempap sebiji durian seberat dua kilogram yang luruh ketika berada dalam dukungan ibunya di belakang rumah sewa mereka di Kampung Badak Mati, Jawi dekat sini kelmarin.
Muhd. Yusuf Zainal disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai Bakap (HSB) pada pukul 5 petang akibat kecederaan parah di kepala.

Trailer Lagenda Budak Setan 2

KLIK SINI UNTUK LIHAT

Terpaksa tanggung hutang arwah ibu

Tanggung beban hutang


PASOH - Seorang peneroka Felda Pasoh 1, di sini bingung memikirkan nasibnya sekeluarga yang terpaksa menanggung beban hutang sebanyak RM3,600 di sebuah bank tempatan.

Difahamkan perkara itu diketahui selepas peneroka terbabit menerima surat pengesahan dari sebuah bank tempatan menyatakan arwah ibunya membuat pinjaman untuk membeli saham Felda Global Ventures.

Zulkeflee Nasir, 35, berkata, arwah ibunya, Salbiah Mannan, 67, meninggal dunia pada 23 Julai 2012, manakala surat pengesahan itu diterima pada 4 Jun 2012.

Kemalangan !!! Pemandu Van maut


Van rempuh Waja
NILAI – Seorang lelaki maut selepas van dipandunya bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Waja dalam kemalangan di Batu 6 Jalan Sikamat Lama, kelmarin.

69 orang Pendaki Gunung Datuk cemas puncak dipanah petir

Puncak gunung dipanah petir

REMBAU – “Saya tidak dengar bunyi petir, tetapi saya nampak cahaya yang seribu kali lebih terang daripada cahaya kamera,” kata salah seorang jurupandu Gunung Datuk yang hanya ingin dikenali sebagai Din, 30-an, ketika ditemui di kaki Gunung Datuk, dekat sini, malam kelmarin.

Malaysia menang bergaya keatas Loas 4-1

Logo Piala AFF

SKUAD Kebangsaan mempamerkan kehebatan luar biasa apabila  menundukkan Loas 4-1 dalam perlawanan kedua Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Majlis Fatwa didesak membuat resolusi kebebasan beragama


KUALA LUMPUR - Majlis Fatwa Kebangsaan yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama Islam dicadang membuat satu resolusi berhubung kenyataan seorang anggota pembangkang terhadap isu kebebasan beragama.
 Naib Ketua Wanita Umno Cheras, Zurainah Musa berkata, ketetapan itu penting untuk mengelak isu sensitif seumpama itu dibangkitkan lagi.

Kemalangan maut dekat sekolah



KOTA BHARU — Seorang pemandu maut apabila kereta yang dipandunya terbabas berhampiran selekoh di Jalan Jedok-Tanah Merah, Kampung Nibong, dekat sini, awal pagi tadi.

Wednesday 28 November 2012

Pembikin filem anti-Islam tidak menyesal hina nabi



NEW YORK - Seorang penganut Kristian Koptik kelahiran Mesir yang menghasilkan filem anti-Islam dan mencetuskan protes di seluruh dunia Islam menyatakan dia tidak menyesal menghina Nabi Muhammad SAW, menurut satu temu ramahnya dengan akhbar New York Times.
Dalam komen umum pertama sejak filem berdurasi selama 14 minit bertajuk Innocence of Muslimsmencetuskan kemarahan pada September lalu, penganut Kristian tersebut, Mark Basseley Youssef memberitahu New York Times, dia mahu mendedahkan apa yang digelarnya 'kebenaran sebenar' dan meningkatkan kesedaran mengenai keganasan yang dilakukan atas nama Tuhan.
Filem itu turut menyentuh tentang sentimen anti-Amerika di negara Arab dan dunia Islam.

Papan tanda gergasi PKR dirobohkan

Papan iklan dirobohkan

PETALING JAYA – PKR akan mengambil tindakan tegas termasuk mengheret mereka yang terlibat merobohkan papan iklan milik parti itu yang didirikan di atas tanah persendirian di Kilometer 383 Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara.

Sumber Sinar Harian

Anggota polis dilanggar penyamun


KUCHING: Polis melepaskan empat das tembakan ke arah sebuah Perodua Kelisa yang dinaiki seorang suspek kes pecah rumah selepas dia melanggar anggota polis yang menahannya untuk membuat pemeriksaan dalam kejadian di Tabuan Desa, di sini, semalam.

Ibu Muda dipenjara sebulan gagal bayar denda

Khalwat
Pasangan terbabit (kiri dan tengah) bersama anak mereka menunggu untuk dihantar
 ke penjara kerana gagal membayar denda kerana kesalahan berkhalwat.


KAMPUNG RAJA - Seorang ibu muda berusia 17 tahun terpaksa membawa anaknya meringkuk di dalam penjara selama sebulan kerana gagal membayar denda selepas mengaku salah berkhalwat.

Rogol gadis bawah umur !!! Dua rakan didakwa

KUALA TERENGGANU - Dua rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas dakwaan merogol gadis bawah umur, 17 November lalu.

DBKL Kenal pasti tapak baru uptown


KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah mengenal pasti satu tapak baru yang lebih sesuai untuk menempatkan lebih 300 peniaga Uptown Danau Kota, Taman Setapak Indah, di sini.
Timbalan Pengarah (Pembangunan Sosio Ekonomi) DBKL, Datuk Mohd Amin Nordin Abd Aziz berkata, pihaknya kini dalam peringkat kajian tapak terbabit yang terletak berhampiran Puspakom Jalan Genting Kelang.

pilihan raya pada tahun 2013


KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam masih berteka-teki mengenai bila tarikh sebenar Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan diadakan.
Beliau semasa berucap pada majlis tertutup Taklimat Presiden kepada para perwakilan semalam bagaimanapun membayangkan bahawa PRU-13 tidak akan diadakan pada bulan Disember seperti yang diramalkan oleh beberapa pihak.

Banjir Lumpur di Selayang, Mangsa gagal selamatkan barangan


KUALA LUMPUR — Beberapa mangsa banjir di Kampung Sungai Kertas, Selayang dekat sini tidak menyangka hujan lebat sejak lewat petang semalam menyebabkan banjir kilat beserta lumpur dengan paras air yang tinggi hingga mereka gagal menyelamatkan harta benda masing-masing.


Malah, mereka menganggap banjir malam tadi adalah yang paling teruk sepanjang menetap di kawasan terbabit.

Gambar kemalangan maut di Slim River

Hyundai Strex remuk rempuh lori

Debat isu perlekehkan islam di dewan rakyat

Sesi Dewan Rakyat yang agak suram semalam, kembali 'bernyawa' apabila Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) membangkitkan isu individu dan parti yang memperlekehkan Islam. 

Isu itu tercetus sebaik Datuk Taib Azamudden Md Taib (PAS-Baling) mendakwa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) tidak menjalankan tanggungjawab memberi dakwah kepada umat Islam di negara ini, sebaliknya sibuk berpolitik dengan puncanya kerana pimpinan badan dakwah itu dilantik atas kapasiti politik. 

Pacuan empat roda dicari - B,Harian


Mohammed Hanif  menunjukkan dua keping gambar kenderaan pacuan empat roda  yang dicari  di Shah Alam, semalam. - Foto Osman AdnanMohammed Hanif menunjukkan dua keping gambar kenderaan pacuan empat roda yang dicari di Shah Alam, semalam. - Foto Osman Adnan
Diminta tampil beri keterangan isu sekat isyarat telekomunikasi 

Shah Alam: Pemilik dua kenderaan pacuan empat roda bernombor pendaftaran WJU842 dan WWB 8592 diminta tampil memberi keterangan kepada Panel Penasihat Bebas Perhimpunan Dataran Merdeka 28 April lalu. 

Tuesday 27 November 2012

Terbaik !!!! Atas bertutup bawah terbuka

JOM lihat gambar dibawah, atas tertutup bawah terbuka



Pengakuan!!!- bertudung tapi biar nampak lurah dendam


gambar hiasan

Nama saya Azura. Saya seorang gadis berumur 20 tahun. Saya bekerja di sebuah cyber cafe' di sekitar Ipoh. Saya mempunyai kesukaan yg jarang disukai oleh gadis-gadis di Malaysia. Saya suka tubuh badan saya diperhatikan orang. Terutamanya bahagian dada saya. Tapi bukan dalam keadaan berbogel. Saya berkulit cerah dan berambut lurus paras bahu. Tinggi saya dlm 5 kaki lebih dan berat 45kg. Potongan badan saya pula ialah 36/25/32. Tapi ini adalah skrg. Dulu tubuh saya tidak begini. 

Ratu Cantik Mexico ditembak mati


pix_gal0
CULIACAN (Mexico): Seorang ratu cantik di Mexico maut ketika melarikan diri daripada pertembungan antara tentera dengan satu kumpulan pengedar dadah ketika dalam perjalanan di utara negara itu, semalam. 

kemalangan Maut di Slim River


alt

SLIM RIVER, 27 Nov - Lima maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan di Kilometer (km) 372.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala ke selatan, pagi tadi.

Menarik !!! Satu petak tempat letak kereta dijual RM509,190 - Kosmo



BEBERAPA buah kereta berada di petak parkir di sebuah bangunan kediaman di Hong Kong semalam.


HONG KONG - Satu petak tempat letak kereta individu dijual pada harga AS$166,666 (RM509,190) di Hong Kong, menurut beberapa laporan semalam.
Petak itu kini menjadi salah satu cara untuk para pelabur memperoleh keuntungan dengan menjualnya pada harga yang tinggi.

Sunday 25 November 2012

Iskandar Zulkarnain adakah tokoh yang sama

Zulkarnain secara halfiahnya bermaksud "dialah yang bertanduk dua", merupakan satu tokoh yang disebutkan didalam Al-Quran didalam surah Al-Kahfi, yang menyatakan beliau sebagai seorang pemerintah yang hebat dan adil serta dikurniakan Allah SWT sebagai seorang yang pintar dan pelbagai ilmu pengetahuan seperti ilmu peperangan, ilmu politik, ilmu teknik dan ilmu kimia.

Persoalannya siapakah Iskandar dan siapakah Zulkarnain yang disebut didalam Al-Quran, banyak taksiran yang dibuat pada hari ini tentang Zulkarnain, mengikut taksiran Ibn Kathir 
" Sesetangah mereka memangilnya Zulkarnain kerana dia mencapai dua tanduk batas Matahari timur dan barat tempat dimana terbit dan terbenam".

Segitiga bermuda dalam pandangan Islam



Segitiga bermuda atau bermuda triangle adalah satu tempat atau kawasan yang paling misteri didunia. Sekian lama kisah segitiga bermuda menjadi tanda tanya para pengkaji baik dari Barat mahupun Islam segitiga bermuda tetap menjadi misteri sampai ke hari ini.

Bahaya!!! Sengatan maut ikan Pari







BARU-BARU ini, kita dikejutkan dengan berita seorang pesara tentera mati akibat disengat ikan pari.

Akta 376 dipinda penjara mandatori rogol gadis bawah umur


Penjara mandatori rogol gadis bawah umur


PADANG RENGAS: Individu yang disabitkan kesalahan merogol gadis di bawah umur akan dijatuhi hukuman penjara mandatori selepas Seksyen 376 Kanun Keseksaan dipinda tidak lama lagi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. 

Beliau berkata pindaan itu dicadangkan supaya mereka yang didapati bersalah merogol gadis di bawah umur dan dijatuhi hukuman penjara mandatori tidak boleh merujuk seksyen lain bagi meringankan hukuman. 
Katanya pindaan seksyen berkenaan akan dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...