RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Saturday, 26 January 2013

PANDUAN RUMAH TANGGA BAHAGIA


Sebut sahaja "perkahwinan" ia adalah satu fitrah yang ditetapkan oleh Allah S.W.T kepada setiap hambanya dan ia juga merupakan satu perkara yang mulia yang boleh memperbanyakkan lagi umat Muhammad S.A.W.

Apabila seseorang itu dipertemukan jodohnya, maka haruslah dipercepatkan dan disegerakan majlis pernikahannya, agar terbinalah satu kehidupan berkeluarga yang hormoni dan bahagia serta diberkati oleh Allah S.W.T.

Dari itu, bermulanya mencari Jodoh sehingga berlangsungnya Ijab dan Kabul, kesemuanya perlulah dijalankan mengikut hukum syariah dan ajaran islam agar ia dimurliakan disisi Allah S.W.T.

Semak keputusan STAM melalui SMS pada 30 Januari


Calon peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2012 boleh mendapatkan keputusan pada khamis ini.

Ketua Penolong Pengarah Unit Khidmat Bantuan Pentaksiran dan Dokumentasi Kementerian Pelajaran, Noriza Mohd. Noor berkata, semua calon peperiksaan itu boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing bermula pukul 10 pagi. "Bagi calon persendirian, keputusan akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran negeri," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Semakan juga boleh dibuat melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menghantar STAM jarakkan dan masukkan angka giliran dan hantarkan ke 15888. Calon-calon boleh mula menyemak pada 30 Januari ini sehingga tarikh akhir 11.59 malam 5 Februari.

Enam Remaja dikehendaki Polis


Akibat terlanggar bahu ketika sedang melangkah keluar dari sebuah kedai di Kawadan Rehat Seremban, Enam Remaja bertindak membelasah seorang Lelaki yang bekerja sebagai perniaga sehingga mengalami kecederaan parah di muka dan Kepala dalam kejadian pada 14 November Tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai berkata, Dalam kejadian pada pukul 2.30 pago itu, Salah seorang dari remaja itu tidak berpuas hati kerana lelaki terbabit telah melanggar bahunya dan akibat insiden itu, Remaja tersebut telah memanggil rakannya sebelum mereka bertindak memukul mangsa beramai-ramai.

Penjenayah Lari kawalan Polis bakal Dipenjara atas 5 pertuduhan


Tiga Penjenayah yang lolos dari kawalan Polis pengiring pada 7 januari lalu Mohd Farid Akhtar, Mohd Shahrimy Md Noor dan Mohd Khairul Nizam Abd Rani bakal dipenjara 14 tahun selepas mereka mengaku bersalah atas lima pertuduhan di hadapan Majistret Hizwaen Azleena Othman Kamal.

Mengikut pertuduhan satu hingga empat, kesemua tertuduh bersama dengan dua OKT yang telah mati dan dua lagi yang masih bebas didakwa telah mencederakan empat anggota polis yang ketika itu sedang mengiring mereka dari Penjara Pulau Pinang ke Mahkamah Butterworth.

Friday, 25 January 2013

Populariti dunia K-POP


K-POP atau Pop Korea adalah aliran muzik popular dari Koreo Selatan hasil gabungan muzik hip-hop, elektro, pop, rock dan r&b. Kebanyakkan artis dari Korea menggunakan aliran muzik ini dan menjadi kegilaan remaja di seluruh dunia dengan mengikuti gaya dan fesyen malah ada yang meletakkan nama mereka dengan tambahan K-Pop di depan atau belakang nama.

Populariti K-Pop semakin meningkat naik dengan adanya Facebook, Twitter dan lama sosial lain diseluruh dunia sekaligus menjadikan ianya mudah diakses oleh perminat muzik ini, malah tidak salah jika dikatakan ia mampu menarik minta lebih ramai lagi anak muda di seluruh dunia untuk mengenali lebih dekat budaya masyarakat Korea.

Thursday, 24 January 2013

"JOM BAKAR BIBLE" Polis minta jangan percaya khabar angin

Acara "Jom bakar...pesta bakar Bible melayu demi masa depan cucu kita". Polis Pulau Pinang mengesa orang ramai jangan mempercayai khabar angin tersebut yang kononnya akan diadakan di Padang Bandaran bagan Luar, Butterworth Ahad ini.

Berita ini dilaporkan oleh Sinar harian (LIhat disini), selepas Polis Pulau Pinang menerima laporan dari seorang paderi yang menemui risalah bertulis "Jom bakar.." yang terletak dalam peti surat di sebuah gereja 20 Jan lepas.

sokong kalimah Allah digunakan dalam Bible perbuatan Syirik

"Sokong penggunaan kalimah ALLAH untuk penganut agama lain sama ada dalam Bible versi Bahasa Melayu atau mengantikannya dengan nama tuhan dianggap perbuatan syirik". Ketetapan ini dibuat oleh orang no dua Pas dan beliau tetap dengan pendiriannya sejak dua tahun lalu.

Timbalan Musyidul Am Pas Datuk Harun Din dan Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Hasan Ali sama-sama memberi ucapan di forum sempena Maulidul Rasul di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di Bandar Perda hari ini.

Shakira & Gerard Pique menyambut kelahiran anak sulong.


Shakira dan pasangan Gerard Pique, bersama anak lelaki sulongnya yang diberi nama Milan Pique-Mebarak yang dikatakan memiliki wajah serupa dengan bapanya dilahirkan pada 22 Januari jam 9.36 malam di barcelona.


“Dengan rasa bahagia kami mengumumkan kelahiran Milan Pique-Mebarak, putera Shakira Mebarak dan Gerard Pique. Lahir pada 22 Januari, jam 9.36 malam di Barcelona, Sepanyol.
“Nama Milan (dibaca MEE -lahn) dalam bahasa Slavia bererti tersayang, tercinta, dan menyenangkan; bahasa Rom kuno pula bermaksud bersemangat dan sungguh-sungguh,” ujar Shakira menerusi akaun Twitternya.

Penyokong perak dakwa pengadil tunjuk isyarat lucah


Akibat mutu pengadilan yang teruk, sebahagian penyokong perak berhimpun di hadapan pintu masuk Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), setelah tamat aksi saingan Liga Super 2013 antara Perak dan Selangor.

Situasi ini berlaku kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil yang membatalkan dua jaringan perak atas dakwaan permain itu berada dalam kedudukan ofsaid. Dalam masa yang sama ada sesetengah penyokong mendakwa seorang penolong pengadil "penjaga garisan" menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong.

Wednesday, 23 January 2013

Penyebaran Bible kepada pelajar islam-Tujuh laporan dibuat

Polis Georgetown hari ini mengesahkan menerima tujuh laporan mengenai pengedaran Bible kepada pelajar islam dihadapan sebuah sekolah di Jelutong. Kegiatan pengedaran itu dikesan oleh penduduk dan artikel cerita orang kita sebelum ini (lihat disini) yang dipetik dari akhbar B.harian (lihat disini) menyatakan ada dua individu yang dilaporkan berbuat demikian.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi mengesahkan empat laporan dibuat oleh pelajar sekolah, manakala selebihnya dari orang awam. Beliau berkata mereka turut menyerahkan Bible tersebut sebagai bukti.

Cinta dicemari dengan noda bahagian 2

Tup tap berlalu seminggu, hari ini seperti yang dijanjikan sebelum ini, akhirnya COK terima juga kiriman melalui email sambungan kisah benar Cinta di cemari dengan noda, 
(baca Bahagian 1 disini). ikuti kisah selanjutnya.

Hari demi hari, perasaan kasih sayang dua insan bercinta Mira dan Zali semakin membara, pembelajaran semakim dilupakan. Dek kerana kasih dan cintanya kepada Zali, segala kemahuan Zali Mira turuti, Mereka bebas bergaul sehinggakan rakan-rakan Mira mula naik muak dengan perangai Mira yang kian berubah.

Sejak itu Mira mula kenal dunia luar, Mira yang dulunya gadis pemalu kini bebas berkepik kesana kesini ada masanya mereka sama-sama melepaskan bahang asmara di hotel-hotel bajet dan ada kalanya taman reakreasi.

Kadar Pengangguran Dunia meningkat,Malaysia turun 3%


Laporan sebuah akhbar hari ini menyatakan "Kadar pengangguran di seluruh dunia akan meningkat 202 juta orang" (baca disini), laporan ini dikeluarkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Walau bagaimanapun Negara kita masih lagi stabil dan kadar penganguran di Malaysia semakin menurun sebanyak 3%. Bilangan guna tenaga mencatatkan peningkatan seramai 34,700 orang kepada 12.44 juta berbanding 12.41 juta orang pada bulan sebelumnya.

Wanita maut kenderaan terperosok bawah bas

TANJUNG SEPAT – Penumpang sebuah bas persiaran berdepan saat cemas apabila kenderaan dinaiki mereka itu bertembung dengan sebuah kereta jenis Toyota Vios di Jalan Sungai Pelek-Tanjung Sepat, di sini, Ahad lalu.

Pertembungan itu menyebabkan pemandu Toyota Vios maut di tempat kejadian, bagaimanapun pemandu dan penumpang bas persiaran tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman berkata, bas dipandu lelaki berusia dalam lingkungan 40-an yang membawa lebih 10 penumpang terbabit dikatakan dalam perjalanan ke arah Tanjung Sepat, manakala kereta dipandu wanita berusia dalam lingkungan 50-an itu pula dalam perjalanan ke Sungai Pelek.

Seorang maut terbabit kemalangan di Jln Raub-Lipis

Pemuda maut kemalangan
RAUB – Seorang pemuda maut apabila kenderaan jenis Honda Accord yang dinaikinya terlibat kemalangan di Kilometer 349 Jalan Raub – Lipis pada jam 3 pagi, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Azhar Abdul Rahman berkata, kejadian berlaku apabila pemandu kenderaan terbabit, Ho Kok Wei, 26, bersama dua penumpang iaitu Ho Kok Chong, 17, dan Liew Kar Lok, 18, dalam perjalanan dari arah Lipis.

Cabul gadis 18 tahun-Warga emas didenda RM4,000


Seorang warga emas didenda RM4,000 selepas mengaku bersalah mencabul kehormatan seorang gadis di kawasan Pantai Balok 9 ogos tahun lalu. Tertuduh yang dikenali mangsa berusia 61 tahun yang dipanggil Pak Loh melakukan perbuatannya terhadap mangsa yang berumur 18 tahun dam masih bergelar pelajar.

Berdasarkan fakta kes, mangsa dalam kes itu masih bergelar pelajar berusia 18 tahun dan mengenali tertuduh. Mangsa yang beralamat di Lorong Kubang Buaya di sini bertemu dengan warga emas itu ketika menunggu keretanya yang dicuci di sebuah stesen minyak di Beserah.

Tuesday, 22 January 2013

Rahim Tamby Chik-wujudkan peraturan larang parti politik guna nama islam

Tan Sri Rahim Thamby Chik
Wujudkan satu peraturan atau undang-undang melarang penggunaan nama islam oleh sebuah parti politik agar tidak dimanipulasi dan disalahguna sesetengah pihak yang berpentingan politik, kata bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Dr Rahim Tamby Chik.

Presiden JATI gesa KDN ambil tindakan isu kalimah ALLAH


 Datuk Dr Hasan Mohamed Ali

Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, mengesa Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan terhadap individu yang terlibat dalam menerbitkan bible versi bahasa melayu yang mengunakan kalimah Allah.

Datuk Dr Hasan mendakwa, Kalimah Allah yang terdapat dalam Bible versi bahasa melayu telah diedar sejak beberapa tahun lalu dan telah banyak tersebar kepada orang melayu yang sebahagiannya memilih untuk murtad.

Hentikan Cerita hantu di UiTM Lendu


Kekecohan yang tercetus di UiTM Melaka cawangan Lendu akibat daripada penyebaran cerita pelajar histeria dan dirasuk akhirnya menarik perhatian Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam supaya menghentikan penyebaran cerita hantu yang boleh menjadiketakutan khasnya pada pelajar baru.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, gangguan histeria boleh membabitkan siapa sahaja dan berlaku di mana-mana kawasan.

“Saya nasihatkan tak payah takutkan orang sebab saya takut mereka yang suka menyebarkan cerita seperti ini akhirnya dia sendiri yang terkena histeria".

Pelajar UITM Lendu Histeria & dirasuk


Assalamualaikum...
Sebelum ni kecoh cerita tentang UITM Lendu diserang hantu yang menganggu pelajar sehingga terjadinya histeria sana sini. Berita ini menjadikan UITM lendu secara mendadaknya menjadi popular diseluruh negara.

Cerita Orang Kita (C.O.K) bukan nak menyibuk nak postkan khabar berita ni, tapi apabila terbaca di blog popular MYNEWSHUB (lihat disini) tangan (C.O.K) tiba-tiba jadi gatal.

Monday, 21 January 2013

Rebat Telefon RM200 TUNE TALK tawar 16 model


Sebagai pengguna tetap Tune Talk Sdn Bhd, tentu kecewa jika Tune Talk tidak menyertai program rebat RM200 menerusi pakej komunikasi belia, sedangkan syarikat telekomunikasi lain telah berbuat demikian.

Hari ini Tune Talk tampil bersama dengan enam syarikat lain menyertai program rebat RM200 dengan menawarkan 16 model telefon pintar serendah RM400 hingga RM2000.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...