Polis Georgetown hari ini mengesahkan menerima tujuh laporan mengenai pengedaran Bible kepada pelajar islam dihadapan sebuah sekolah di Jelutong. Kegiatan pengedaran itu dikesan oleh penduduk dan artikel cerita orang kita sebelum ini (lihat disini) yang dipetik dari akhbar B.harian (lihat disini) menyatakan ada dua individu yang dilaporkan berbuat demikian.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi mengesahkan empat laporan dibuat oleh pelajar sekolah, manakala selebihnya dari orang awam. Beliau berkata mereka turut menyerahkan Bible tersebut sebagai bukti.
"Setakat ini siasatan polis mendapati kesemua Bible itu dicetak dalam bahasa Inggeris dan tidak mempunyai sebarang kalimah Allah serta tiada sebarang terjemahan dalam bahasa Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu perbuatan menyebabkan perpecahan harmoni dan perpaduan, rasa tidak puas hati dan prejudis berdasarkan agama, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun.
Kegiatan pengedaran Bible kepada pelajar Islam secara terbuka itu didedahkan penduduk kawasan Jelutong Khamis lepas dan mereka turut merakam video perbuatan lelaki dan seorang wanita itu di hadapan pintu sekolah di Jelutong.
Abdul Rahim berkata kes itu telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya
RENUNGAN
Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Rakan Blog
-
-
-
E-Operasi: Modul Pengurusan Guru KPM6 years ago
-
-
-
Bina Web / Minisite Online Biz....10 years ago
-
No comments:
Post a Comment