K-POP atau Pop Korea adalah aliran muzik popular dari Koreo Selatan hasil gabungan muzik hip-hop, elektro, pop, rock dan r&b. Kebanyakkan artis dari Korea menggunakan aliran muzik ini dan menjadi kegilaan remaja di seluruh dunia dengan mengikuti gaya dan fesyen malah ada yang meletakkan nama mereka dengan tambahan K-Pop di depan atau belakang nama.
Populariti K-Pop semakin meningkat naik dengan adanya Facebook, Twitter dan lama sosial lain diseluruh dunia sekaligus menjadikan ianya mudah diakses oleh perminat muzik ini, malah tidak salah jika dikatakan ia mampu menarik minta lebih ramai lagi anak muda di seluruh dunia untuk mengenali lebih dekat budaya masyarakat Korea.
Namun disebalik populariti K-Pop ada juga berita yang tidak manis didengar antaranya pada Ogos tahun lalu, ribuan penduduk Jepun menyertai perhimpunan untuk menentang rangkaian televisyen Fuji TV kerana ‘memaksa’ program Korea Selatan ke atas penonton di negara itu.
Di Filipina, seorang pengurus bakat, Chris Cahilig berkata, dia bimbang gelombang Korea akan menjejaskan perkembangan bakat tempatan.
Dia menyatakan kebimbangannya yang serius kerana menganggap ramai golongan muda akan kehilangan identiti dan jiwa Filipina kerana pendedahan serta rujukan mereka terhadap hiburan Korea.
Kumpulan 1:43 yang anggota-anggotanya terdiri daripada pemuda Filipina dan menjadikan K-Pop sebagai inspirasi mereka telah menjadi popular dengan cepat di negara itu pada tahun lalu.
Selain itu, terdapat peningkatan pembedahan plastik untuk mencantikkan wajah dikalangan penduduk dunia khususnya wanita bagi memenuhi keinginan memiliki wajah cantik seperti bintang K-Pop.
Kita seharusnya sedar, disamping keinginan untuk meniru gaya dan penampilan K-Pop kita harus ingat adat resam serta budaya orang kita jangan kita lupakan. Jangan kita sanggup berhabis wang ringgit semata-mata ingin meniru gaya mereka sehingga sanggup melakukan pembedahan demi untuk mendapatkan wajah comel seperti bintan K-Pop.
No comments:
Post a Comment