"Sokong penggunaan kalimah ALLAH untuk penganut agama lain sama ada dalam Bible versi Bahasa Melayu atau mengantikannya dengan nama tuhan dianggap perbuatan syirik". Ketetapan ini dibuat oleh orang no dua Pas dan beliau tetap dengan pendiriannya sejak dua tahun lalu.
Timbalan Musyidul Am Pas Datuk Harun Din dan Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Hasan Ali sama-sama memberi ucapan di forum sempena Maulidul Rasul di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di Bandar Perda hari ini.
Datuk Harun Din juga berkata, sebagai seorang ulama dan pemimpin kanan atau orang nombor dua parti Islam itu, Haron membuat fatwa itu berdasarkan kajian mendalam dari pelbagai kitab dan kajian mendalam dari pelbagai sudut.
"Jadi sepatutnya pemimpin dan ahli Pas lain akur dengan keputusan. Kenapa masih ada yang mahu mempertikaikannya kerana ia turut dipersertujui oleh Majlis Syura Pas.
"Jadi saya serahkan kepada anda semua untuk membuat penilaian sendiri mengenai pendirian pemimpin tertentu dari Pas dan PKR yang masih enggan menerima keputusan itu," katanya kepada media selepas menyertai forum sempena Maulidur Rasul di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di Bandar Perda di sini, hari ini.
Menurutnya, tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum PR masih berkeras dan mempertahankan keputusan mesyuarat majlis Pimpinan PR 8 Januari lalu amat dikesalkannya walaupun Majlis Syura Pas menyatakan sebaliknya selepas itu.
"Adakah ini pemimpin yang mahu dianggat sebagai ketua. Jika isu kalimah ALLAH pun tidak mampu ditangani dan diperjelaskan kepada rakan PR lain, inikan pula nak mentadbir negara.
"Adakah kita mahu memberi sokongan kepada pemimpin yang mengamalkan pluralisme agama dan LBGT (lesbian, biseksual, gay dan transeksual) untuk memerintah Malaysia," katanya.
Menurutnya, media luar sudah mengangkat Anwar sebagai "penghulu" untuk menjayakan agenda pluralisme dan LGBT di negara ini dan maklumat mengenai sudah tersebar luar di merata tempat.
Sehubungan itu, rakyat negara ini perlu menolak fahaman ini dan pengamalnya agar akidah umat Islam tidak terus terpesong dengan amalan karut dan dimurkai ALLAH.
"Kita kena tentang habis-habisan dakyah jahat ini. Kita kena fikir nasib anak cucu kita pada masa akan datang. Jika kita lalai, maka masa depan mereka akan dipenuhi dengan gejala yang menyimopang jauh dari ajaran Islam," katanya.
Sinar
100 Koleksi Teka Teki Lawak Bodoh Kelakar
5 weeks ago
No comments:
Post a Comment