RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Saturday, 26 January 2013

Penjenayah Lari kawalan Polis bakal Dipenjara atas 5 pertuduhan


Tiga Penjenayah yang lolos dari kawalan Polis pengiring pada 7 januari lalu Mohd Farid Akhtar, Mohd Shahrimy Md Noor dan Mohd Khairul Nizam Abd Rani bakal dipenjara 14 tahun selepas mereka mengaku bersalah atas lima pertuduhan di hadapan Majistret Hizwaen Azleena Othman Kamal.

Mengikut pertuduhan satu hingga empat, kesemua tertuduh bersama dengan dua OKT yang telah mati dan dua lagi yang masih bebas didakwa telah mencederakan empat anggota polis yang ketika itu sedang mengiring mereka dari Penjara Pulau Pinang ke Mahkamah Butterworth.



Empat anggota polis itu ialah Mohd. Nazzwuan Md. Zain, Mohd. Azizan Ahmad, Muhammad Sharifuddin Ali dan T. K. Mahendren.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan pada pukul 9.45 pagi 7 Januari lalu berhampiran Jalan Susur Keluar Bagan Ajam Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth di sini.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 322 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda bagi setiap pertuduhan.
Selain itu, mereka turut didakwa lari daripada jagaan polis mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Timbalan Pendakwa Raya, Pang Chuin Keat tidak menawarkan sebarang ikat jamin memandangkan tertuduh merupakan penjenayah berbahaya.
“Mereka mempunyai rekod jenayah berat. Mohd. Farid pernah menyamun, Mohd. Shahrimy membunuh manakala Mohd. Khairul Nizam pula mencederakan orang awam,” katanya yang memberitahu kemungkinan kesemua tertuduh akan melarikan diri, mengulangi jenayah dan mengancam keselamatan orang awam adalah tinggi jika dibebaskan dengan jaminan.
Hizween Azleena menetapkan 5 Mac ini sebagai tarikh untuk penelitian fakta dan menjatuhkan hukuman selain tidak membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin.
Dalam kejadian 7 Januari lalu, Akhbar tempatan melaporkan sembilan OKT melarikan diri selepas mereka membelasah empat anggota polis pengiring sebaik mencampakkan serbuk lada ke arah anggota terbabit.
Bagaimanapun, pada hari sama polis berjaya menahan semula dua OKT terbabit manakala dua tahanan, Mohd. Fairuz Adam, 31, atau Joe Mafia dan Mohd. Noor Mustafa, 28, atau dikenali sebagai Boy ditembak mati. (baca disini)
Mohd. Farid, Mohd. Shahrimy dan Mohd. Khairul Nizam berjaya diberkas manakala Hamzani Harun, 37, yang dikenali sebagai Syam Tok E dan Hisyam Abdul Rahman, 39, atau Mat Blue masih bebas.

Kosmo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...