RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Thursday 24 January 2013

Penyokong perak dakwa pengadil tunjuk isyarat lucah


Akibat mutu pengadilan yang teruk, sebahagian penyokong perak berhimpun di hadapan pintu masuk Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), setelah tamat aksi saingan Liga Super 2013 antara Perak dan Selangor.

Situasi ini berlaku kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil yang membatalkan dua jaringan perak atas dakwaan permain itu berada dalam kedudukan ofsaid. Dalam masa yang sama ada sesetengah penyokong mendakwa seorang penolong pengadil "penjaga garisan" menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong.


Beberapa penyokong mendakwa pengadil menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong antaranya Silver State Ultras melalui twitternya @ SSU2009 yang menyatakan pengadil menunjukkan jari tengah kepada penyokong Perak.Menurut yob4ver.com pula melalui twitter @yob4e, “Refree tunjuk “middle fingger” kat fan? tabik springggg..lu memang hebat... tp salah tempat...,” Mereka turut menambah “Zulkifli ahmad nama ref mlm nie. Tp awak hangin ngan linesman... bukan reff,”.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...