RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Monday 21 January 2013

Rebat Telefon RM200 TUNE TALK tawar 16 model


Sebagai pengguna tetap Tune Talk Sdn Bhd, tentu kecewa jika Tune Talk tidak menyertai program rebat RM200 menerusi pakej komunikasi belia, sedangkan syarikat telekomunikasi lain telah berbuat demikian.

Hari ini Tune Talk tampil bersama dengan enam syarikat lain menyertai program rebat RM200 dengan menawarkan 16 model telefon pintar serendah RM400 hingga RM2000.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Jason Lo berkata program rebat itu bermula Isnin lepas di Plaza Low Yatt sebelum diperluas ke seluruh negara menerusi penyertaan 800 peniaga.

"Pusingan pertama program rebat akan berakhir sehingga kuota kami bernilai RM100,000 dibeli," katanya kepada Bernama.

Selain Tune Talk, syarikat lain yang turut serta dalam program itu ialah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, U Mobile dan YTL Communications.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...