Sebut sahaja "perkahwinan" ia adalah satu fitrah yang ditetapkan oleh Allah S.W.T kepada setiap hambanya dan ia juga merupakan satu perkara yang mulia yang boleh memperbanyakkan lagi umat Muhammad S.A.W.
Apabila seseorang itu dipertemukan jodohnya, maka haruslah dipercepatkan dan disegerakan majlis pernikahannya, agar terbinalah satu kehidupan berkeluarga yang hormoni dan bahagia serta diberkati oleh Allah S.W.T.
Dari itu, bermulanya mencari Jodoh sehingga berlangsungnya Ijab dan Kabul, kesemuanya perlulah dijalankan mengikut hukum syariah dan ajaran islam agar ia dimurliakan disisi Allah S.W.T.
Rumah Tangga yang bahagia adalah impian setiap pasangan. oleh yang demikian perlulah setiap pasangan berusaha untuk menambah baik setiap perhubungan. Setiap pasangan perlulah arif dan sedar akan kewajipan masing-masing seperti mana yang dikehendaki oleh Allah S.W.T.
Memiliki rumah tangga yang bahagia maka akan lahirlah sebuah masyarakat yang baik. iaitu masyarakat yang sesuai menjadi ikutan, masyarakat yang cintakan akan keluarganya, berilmu, suami isteri yang harmoni, ibu bapa yang penyanyang serta pandai mendidik.
Demikianlah pentingnya rumah tangga yang baik, aman dan hormoni. Jika sesebuah rumah tangga itu selalu bertelagah dengan adanya sifat yang tidak baik seperti saling benci membenci, mencurigai dan sebagainya perlulah ia segera mencari jalan penyelesaiannya.
Orang yang sudah dewasa dan sanggup memikul tanggungjawab bergelar suami disuruh berumah tangga, mendirikan rumah tangga adalah amalan yang mulia sehingga menyamai mendirikan sebuah masjid. Seperti mana disebut dalam Al-Quran.
"Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba kamu yang lelaki dan perempuan, jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezekinya dan Allah maha luas pemberiannya dan maha mengetahui." (An-Nur : 32)
KERUNTUHAN DAN KEMUNGKARAN RUMAH TANGGA
Memang berat memikul beban
berumah tangga, tanpa ilmu yang cukup serta kekurangan didikan agama, ia lebih
menjurus kearah penceraian, walaupun penceraian itu dihalalkan oleh Allah S.W.T
tetapi ia juga dimurkai oleh Allah SWT.
Seorang ketua keluarga iaitu mempunyai
tanggungjawab memimpin keluarganya kejalan yang diredhai oleh Allah iaitu
mengejakan perintah serta menjauhi larangannya. Para suami akan ditanya nanti
diakhirat kelak tentang keluarganya dan tidak cukup hanya suami sahaja yang
mengejakan larangannya tetapi keluarganya dibiarkan bercelaru tanpa haluan semua
itu akan ditanya kelak.
Contoh dibawah jelas menunjukkan
keruntuhan serta kemungkaran dalam rumah tangga:.
MEMBINA RUMAH TANGGA YANG
BAHAGIA
DENGAN
ILMU
Firman Allah S.W.T maksudnya:
“Allah memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang
dikehendakiNya dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan, bererti ia telah
diberikan kebaikan yang banyak”. (Al-Baqarah:269)Ya sahabatku..!
Untuk membina rumahtangga yang bahagia.. kita perlukan ilmu. Alam rumahtangga sebenarnya adalah alam yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Hanya dengan ilmu, segala cabaran dan dugaan itu akan dapat ditangani dengan baik dan bijaksana.
Bayangkan, dua individu yang berbeza jantina, juga dengan sifat dan sikap yang berbeza, serta latarbelakang kehidupan yang berbeza, kini tinggal serumah untuk menjalani kehidupan yang baru.. pastinya, akan ada perselisihan dan salah faham yang akan berlaku.. Tetapi, jika kedua-dua pihak mempunyai ilmu serta sikap yang baik, pasti segala perselisihan dapat di selesaikan.
Oleh itu, izinkan saya, memperkenalkan sebuah ebook panduan, yang akan memberikan anda ilmu, bagaimana untuk mendirikan rumahtangga yang harmoni dan bahagia. Ianya adalah sebuah ebook yang bertajuk "40 Tips & Panduan Membina Rumahtangga Yang Bahagia"... ditulis khas untuk anda yang akan akan bergelar pengantin.
7 ASPEK KEBAHAGIAN RUMAH TANGGA
Ebook ini mengandungi 40 Tips &
Nasihat yang merangkumi "7 Aspek Pembangunan
Rumahtangga Bahagia". Berikut adalah 7 aspek tersebut
:-1. Rumahtangga Sakinah
Proses membina rumahtangga yang bahagia adalah bermula sebelum majlis perniakahan lagi. Ketahui tips membina rumahtangga sakinah menerusi bab ini.2. Iman Dalam Rumahtangga
Bagaimanakah untuk menerapkan nilai-nilai keimanan di dalam rumahtangga? Bab ini memberikan nasihat serta tips berkenaan amalan-amalan yang boleh dilakukan untuk menerapkan nilai-nilai keimanan di dalam rumahtangga.3. Ilmu Dalam Rumahtangga
Islam sentiasa menyuruh umatnya menuntut ilmu. Untuk beroleh kebhagian hidup di dunia, mestilah dengan ilmu, untuk beroleh kebahagian hidup di akhirat, juga dengan ilmu. Di dalam bahagian ini, ada dikongsikan beberapa tips untuk menyuburkan tabiat menuntut ilmu di dalam rumahtangga.4. Sosial Dalam Rumahtangga
Aspek sosial adalah aspek yang paling penting di dalam membina rumahtangga yang bahagia. Bagaimana si suami dan isteri perlu menjaga hal-hal sosial rumahtangga, seperti isu berkaitan anak-anak, isu berkaitan menerima tetamu dan sebagainya.5. Akhlak Dalam Rumahtangga
Akhlak yang baik di kalangan setiap ahli keluarga amat memainkan peranan yang penting di dalam membentuk sebuah keluarga bahagia dan harmoni. Tanpa akhlak yang baik, kucar-kacirlah sesebuah keluarga. Ketahui bagaimana membentuk akhlak rumahtangga menerusi bahagian ini.6. Kemungkaran Dalam Rumahtangga
Ada 11 nasihat untuk mencegah kemungkaran yang seringkali berlaku di dalam rumahtangga. Cegah kemungkaran-kemungkaran ini dari berlaku di dalam rumahtangga anda.7. Penjagaan Rumahtangga
Rumah adalah tempat permulaan bagi sesebuah keluarga yang bahagia. Ciri-ciri rumah yang ingin didiami juga perlu dititikberatkan di dalammembentuk keluarga yang harmoni. Kesilapan memilih lokasi rumah dan persekitaran, mampu mencacatkan institusi rumahtangga yang ingin dibina.Memandangkan kami ingin berkongsi ilmu dengan anda dan mahukan anda bebas dari konflik diri mengenai alam rumahtangga, kami akan meletakkan harga yang sesuai dengan nilainya. Kos yang kami tentukan sangat berbaloi dan mampu dimiliki oleh anda. Setelah mengambil kira semua faktor- faktor berkaitan, kami mengambil keputusan ebook ini mampu anda miliki dengan harga...
|
Ya, hanya RM27 sahaja bagi pelaburan seumur hidup anda. Ianya bersamaan RM1 bagi setiap tips/nasihat yang terkandung di dalam ebok ini. Jika anda merasakan nilai ini masih tinggi, cuba fikirkan kebahagian yang bakal anda bersama pasangan anda bina sepanjang hayat kelak. Dengan nilai serendah ini, INSYAALLAH ilmu di dalam ebook ini akan membantu anda ke arah menempuh alam rumah tangga yang bahagia dan diredhai oleh Ilahi. Nilai kebahagian itu sudah tentunya lebih tinggi daripada apa yang anda laburkan sekarang ini.
Kami mendoakan agar cita-cita anda untuk memperoleh keluarga yang bahagia akan dimakbulkan oleh ALLAH s.w.tSumber
Ahmad Muzani Abdul Jalil &
Mohd Razif Ibrahim
Penulis Ebook "Tips Rumahtangga"
www.tipsrumahtangga.com
No comments:
Post a Comment