
Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman hari ini tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang bagi membantu siasatan berhubung percerobohan di Sabah.
Beliau yang hadir bersama lebih 10 orang kenalannya dan memakai baju melayu merah dan berserban tiba di Balai Polis pada 11.05 pagi tadi. Bercakap kepada pemberita sebelum menyerah diri kepada pihak Polis, beliau mengakui memberi bantuan kewangan kepada Sultan Sulu Jojo, Selatan Filipina iaitu Sultan Muedzul Lail Tan Kiram yang ditemui pada 15 dan 16 sept tahun lalu.
Beliau bagaimanapun menafikan bahawa Jamalul Kiram yang dipercayai menjadi dalang percerobohan di Sabah adalah Sultan Sulu.
" Saya tidak kenalpun Jamalul Kiram ".
Muhammad Ridzwan menyerah diri hari ini berikutan kenyataan Pesuruhjaya polis Sabah Datuk Hamza Taib semalam yang memintanya menyerah diri dengan segera dimana-mana balai polis berhampiran.
Hamza berkata Muhammad Ridzwan, Yang tidak terlibat dengan pengganas bersenjata di selatan Filipina boleh membantu pihak polis.
Sinar harian
No comments:
Post a Comment