RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Friday 21 December 2012

Rugi RM 2000 Kedai disamun 2 Lelaki


KUANTAN — Seorang pemilik kedai serbaneka kerugian kira-kira RM2,000 apabila disamun dua lelaki di kedainya di Jalan Air Putih di sini malam semalam.
Pekedai berusia 36 tahun itu telah diacukan pisau pemotong daging untuk menyerahkan wang.

Ketika kejadian pukul 9 malam itu, mangsa baru sahaja mahu menutup kedainya apabila didatangi dua lelaki berkenaan yang berusia lingkungan 20-an.
"Mangsa kemudiannya diarahkan mengeluarkan wang tunai dari dalam laci tempat menyimpan wang serta diugut supaya tidak melawan jika mahu selamat," kata Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supt. Nordin Mustapha.
Para perompak turut meminta beberapa kotak rokok sebelum melarikan diri, katanya

Sumber Kosmo
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1221&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_13.htm#ixzz2FfqXbmwY 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...