RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Saturday 22 December 2012

Remaja 16 tahun dituduh bunuh warga China


Tertuduh ketika dibawa keluar dari mahkamah sebelum dihantar ke Penjara Marang, Terengganu.
Tertuduh ketika dibawa keluar dari mahkamah sebelum dihantar ke Penjara Marang, Terengganu.
BANDAR BENTONG - Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong, pagi semalam, atas tuduhan membunuh seorang warga China, Qui Ling, 32.
Tertuduh dibawa ke mahkamah menaiki trak polis kira-kira jam 9.20 pagi dengan berpakaian lokap warna oren.

Berdasarkan kertas pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Atiqah Liyana Shahrir, tertuduh didakwa membunuh Qui Ling pada 3 Disember 2012 antara jam 2.30 petang hingga 4.35 petang.
Kejadian berlaku di dalam sebuah bilik di Hotel First World Genting, Genting Highlands.
Selepas pertuduhan dibacakan menerusi bantuan jurubahasa, tertuduh yang berasal dari Kluang, Johor itu mengangguk faham.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati.
Majistret, Nurliyana Ismail menetapkan 17 Januari 2013 sebagai tarikh sebutan semula kes.
Tertuduh kemudiannya di bawa ke Penjara Marang, Terengganu sementara menunggu tarikh sebutan semula kes.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...