RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Saturday 22 December 2012

Wanita mati dibunuh kerana Dendam




JOHOR BAHRU - Polis percaya perselisihan faham dan dendam merupakan motif utama kes pembunuhan kejam melibatkan seorang wanita yang mayatnya dibungkus dengan plastik hitam sebelum cuba dibakar di dalam sebuah kereta di Kampung Desa Idaman, Bukit Batu, Sedenak kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Dr. Hashim Haron berkata, operator kilang di Singapura, Nor Roziah Zakaria, 25, disyaki mempunyai masalah perhubungan dengan bekas teman lelakinya yang berusia 36 tahun.
"Kita minta teman lelakinya supaya tampil untuk membantu siasatan," katanya ketika dihubungi.
Semalam Kosmo! melaporkan, mayat janda anak dua itu ditemui pada pukul 7.30 pagi dibungkus dengan plastik hitam di tempat duduk pemandu kereta jenis Perodua Viva sebelum cuba dibakar berdekatan sebuah dusun di kampung tersebut.
Difahamkan, anak perempuan tunggal daripada lima beradik itu pernah membuat laporan polis baru-baru ini berhubung seorang lelaki yang tidak disenanginya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1222&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2FivyyJGI 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...