RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Tuesday 18 December 2012

rakyat Malaysia ditembak mati di Davao adalah Militan-KDN



PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengesahkan bahawa Mohd Noor Fikrie Abd Kahar, 26, rakyat Malaysia yang ditembak mati oleh polis di Davao, Filipina, pada 14 April lalu, merupakan anggota sebuah kumpulan militan. 
Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata lelaki yang berasal dari Melaka itu dikesan memasuki selatan Filipina pada bulan April lepas, dan dipercayai mempelajari cara membuat bom ketika berada di negara berkenaan. 

Katanya anggota keluarga Mohd Noor Fikrie telah meminta bantuan kerajaan Malaysia untuk membawa pulang jenazah, dan beliau sudahpun mengarahkan polis supaya menguruskan penghantaran pulang jenazah Mohd Noor Fikrie dengan segera untuk dikebumikan. 
"Ahli keluarga Fikrie dan beberapa pegawai kita akan ke Davos untuk menguruskan penghantaran pulang jenazah dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 
Hishammuddin berkata kerajaan Malaysia memandang serius terhadap setiap kegiatan subversif dan ancaman yang ditimbulkan oleh kumpulan militan serta penganas kerana ia terbukti mampu menggugat keselamatan dan ketenteraman sesebuah negara. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...