RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Tuesday 18 December 2012

Eja dapat pujian dari Shah Rukh Khan


Dato` Shah Rukh Khan Puji Persalinan Kebaya Eja

Nampaknya kegembiraan aktres popular Siti Shahreza atau Eja dapat bersalaman dan merakamkan foto kenang-kenangan bersama megastar Bollywood, Dato` Shah Rukh Khan baru-baru ini merupakan detik yang terindah buatnya.
Bagaikan mimpi jadi nyata, Eja yang hadir ke majlis bagi meraikan ulang tahun ke-87, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad di Hotel Le Meridien pada Jumaat lalu, ternyata amat terharu dengan pertemuannya bersama Shah Rukh Khan itu.
"Syukur Alhamdulillah. Nampaknya dapat juga Eja berjumpa dan bersalaman dengan 2 hero Eja iaitu Tun M serta satu-satunya pelakon lelaki pujaan Eja iaitu Shah Rukh Khan. Tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan Eja sekarang," katanya ringkas sambil berkongsi foto yang berjaya dirakamkannya.
Undangan untuk menghadiri majlis berkenaan tidak ditolak Eja, apatah lagi bila mengetahui bintang pujaan ramai itu akan bertandang bagi menyerikan sambutan ulang tahun Tun Dr Mahathir.
Lantas, seperti biasa aktres jelita yang mementingkan kesempurnaan itu telah membuat persiapan lebih awal terutama dari sudut penampilan dan persalinan untuk meraikan hari istimewa berkenaan.
"Tak sangka pula, apabila Eja berdiri di sebelahnya, dia melihat Eja dan memuji penampilan dan pakaian yang Eja pakai. Kami bersalaman dan Eja mengambil peluang untuk terus bergambar dengannya," katanya teruja.
Eja telah menggayakan persalinan tweed 'Lady Kebaya' rekaan pereka fesyen muda berbakat besar, Syaiful Baharim dengan solekan ringkas bersama dandanan rambut sanggul ke atas.
Jelas Eja, dia sama sekali tidak menyangka untuk mendapat pujian sebegitu indah daripada Shah Rukh Khan dan menganggapnya sebagai penghargaan tidak berbelah bagi

Sumber murai.com.my



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...