RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Friday 21 December 2012

PDRM menyatakan tiada kematian dalam rusuhan di SG Petani

KUALA LUMPUR - Polis menafikan khabar angin mengenai kematian tiga lelaki kononnya terlibat dalam rusuhan di daerah Kuala Muda, Kedah dua hari lalu.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf berkata, penyebaran kematian itu dilakukan pihak tidak bertanggungjawab melalui media sosial.



"Keadaan semasa di Sungai Petani, Kedah masih tenang dan terkawal, sehubungan itu orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah percaya dengan khabar angin dan terlebih dahulu mendapatkan kesahihan sesuatu kejadian," katanya, semalam.

Beliau berkata, penyebaran maklumat dan berita palsu di media sosial yang tidak merujuk kepada kesahihan sesuatu kejadian bukan sahaja perbuatan yang tidak bertanggungjawab, malah ia juga
adalah satu perlakuan jenayah yang boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang sedia ada.

Ramli berkata, Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim akan mengeluarkan kenyataan dari semasa ke semasa, dan maklumat terkini juga boleh diperolehi daripada Facebook dan Twitter rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...