RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Monday 17 December 2012

Lelaki maut kereta masuk sungai



Jentolak digunakan untuk menarik keluar kereta yang terhumban kedalam sungai

Seorang lelaki maut setelah kereta yang dipandunya terhumban ke dalam sungai di Kampung Telaga Batu, Jalan Sungai Korok.

Mangsa, Mohd. Zulrani Mohd. Nasir, 23, dari Kampung Baru Tok Pauh, Changlun di sini mati dalam perjalanan ke Hospital Jitra dipercayai akibat lemas.
Ketika kejadian kira-kira pukul 12.10 tengah hari itu, mangsa yang memandu Proton Iswara itu dari Simpang Balai Pos, Ayer Hitam menuju ke bandar ini.
Mangsa yang bekerja sendiri dipercayai memandu laju, gagal mengawal kenderaan di laluan yang tidak rata menyebabkannya terbabas lalu terhumban ke dalam sungai.
Sumber Kosmo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...