Pada Entri kali ni COK nak kongsikan pada rakan-rakan semua bagaimana nak semak saman secara online mengunakan Laman Rasmi PDRM. Tapi sebelum tu COK nak ucapkan terima kasih kepada rakan COK kerana bertanyakan soalan ini.
Pasti masih ramai yang belum sedar kewujudan laman ini iaitu Sistem Semak Online (SSO) http://sso.rmp.gov.my/Login.aspx. Untuk rakan-rakan yang hendak menggunakan laman ini anda perlulah mendaftarkan diri terlebih dahulu seterusnya log masuk penggunakan Id
pengguna serta kata laluan yang telah didaftarkan.
RENUNGAN
Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)
Saturday, 2 February 2013
Pembayaran BR1M akan diterima 4-Feb 2013
Terima kasih Kerajaan, Hari ini akhirnya aku terima surat Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang dihantar kepada aku dan perlu ditebus RM500 tu pada hari isnin depan jam 8.00 Malam.
Entri yang dipost sebelum ini PEMBAYARAN BR1M AKAN DIBAYAR BERMULA FEBRUARI terbukti apabila aku sendiri yang menerima di awal bulan Februari.
Entri yang dipost sebelum ini PEMBAYARAN BR1M AKAN DIBAYAR BERMULA FEBRUARI terbukti apabila aku sendiri yang menerima di awal bulan Februari.
Aznil Nawawi kini bergelar Datuk
Tahniah diucapkan kepada Aznil Nawawi apabila selebriti dan pengacara nombor satu negara dikurniakan darjat kebesaran Panglima Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk daripada yang di-Pertuan Agung, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Beliau adalah antara 283 penerima anugrah yang dikurniakan sempena hari Wilayah semalam, turut menerima anugrah semalam adalah Duta Khas ke India dan Asia Selatan iaitu Datuk Seri S.Samy Vellu yang mengetuai senarai penerima pingat dengan dikurniakan Darjat Seru Utama Mahkota Wiayah yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.
Menurut Aznil, anugerah yang diterimanya itu adalah pencapaian bermakna buat dirinya selama berkecimpung dalam dunia hiburan.

"Saya bersyukur dengan pengurniaan ini dan ia menjadi penyuntik semangat untuk terus melibatkan diri dalam dunia hiburan dan juga aktiviti kemasyarakatan," katanya di sini semalam.
Pelacur Warga Uzbekistan ditahan disebuah hotel di Nilai
Padah pelacur warga Uzbekistan apabila ditahan bersama dengan seorang pelanggan ketika sedang berasmara di sebuah hotel di Nilai.Kegiatan wanita berusia 31 tahun ini dikesan sejak beberapa hari lalu apabila beliau mengiklankan perkhidmatan seks didalam sebuah laman web berbahasa cina dengan bayaran antara RM450 hingga RM500.
Ketika serbuan yang diketuai oleh Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Otman pihaknya mendapati wanita ini sudah dua kali datang ke negara ini dengan rekod terbaru pada 24 Januari lepas sebagai pelancong.

Panggil IBU KANDUNG dengan gelaran BINATANG
Seorang anak tergamak memanggil ibunya "BINATANG" kerana ibunya tidak mengendahkan permintaannya untuk mendapatkan wang RM150. Ibu malang tersebut yang bekerja sebagai kerani disebuah Jabatan Kerajaan di Kuala Terengganu turut diugut anaknya untuk dibelasah jika hajatnya tidak diikuti.
Akibat tidak tahan dengan sikap anaknya, ibunya yang berusia 48 tahun akhirnya membuat laporan polis di Balai Polis Chabang Tiga kerana bimbang dengan keselamatan mereka sekeluarga.
Akibat tidak tahan dengan sikap anaknya, ibunya yang berusia 48 tahun akhirnya membuat laporan polis di Balai Polis Chabang Tiga kerana bimbang dengan keselamatan mereka sekeluarga.
Kuala Nerus akan diistiharkan Daerah kelapan di Terengganu
P35 Parlimen Kuala Nerus
Terengganu akan melakar sejarah baru jika Barisan Nasional (BN) dapat memenangi undi rakyat dengan majoriti dua pertiga di parlimen. Menurut menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.
Wednesday, 30 January 2013
Tukar Rankaian telefon ke TUNE TALK melalui ONLINE
Akibat kecewa dengan perkhidmatan rankaian telefon yang selain dari Tune Talk, ada sesetengah pengguna telahpun menukarnya ke pelan Tune Talk, betul ke Tune talk ni bagus ?. Ini adalah feed back yang diperolehi hasil daripada survey yang dilakukan keatas pengguna telefon.
"Mereka sering kecewa dengan perkhidmatan rankaian yang mereka gunakan sekarang, lebih-lebih lagi bagi mereka yang menggunakan telefon Pintar seperti Blackberry, samsung dan I Phone".
"Mereka sering kecewa dengan perkhidmatan rankaian yang mereka gunakan sekarang, lebih-lebih lagi bagi mereka yang menggunakan telefon Pintar seperti Blackberry, samsung dan I Phone".
BERAPA BESARKAH OTAK MANUSIA

Adakah anda setiap manusia mempunyai satu organ yang dipanggil otak, ia merupakam satu organ yang amat penting dan ianya sangat kompleks sehinggakan sesiapa yang ingin memprogramkan komputernya menyamai otak manusia, memerlukan belanja berbilion dolar.
Otak manusia lazimnya memiliki berat antara 1300-1400 g dan bagi otak bayi yang baru lahir mempunyai berat antara 350-400g manakala perkembangan otak akan terhenti berkembang pada usia 18 tahun.
Tuesday, 29 January 2013
INDAHNYA GUNUNG JERAI
Kali ini COK nak bawa anda semua terjah lagi ketempat menarik. Jika sebelum ini COK kongsikan satu entri berkenaan air terjun tertinggi di Malaysia (Baca disini), untuk kali ini COK akan kongsikan pada anda apa yang menariknya Gunung Jerai.
Gunung Jerai atau boleh juga dipanggil sebagai puncak Kedah yang terletak di Negeri Kedah merupakan sebuah gunung yang mempunyai ketinggian 1,217 meter dari aras laut dengan suhu antara 19 hingga 24 darjah celsius sememangnya cukup sesuai bagi anda yang sukakan aktiviti santai dan cintakan alam semulajadi yang pastinya anda dapat melihat kepelbagaian tumbuhan tropika yang cukup indah.
Monday, 28 January 2013
Jawatan Kosong di Karnival kerjaya bermula 31 Januari ini
Karnival Kerjaya 2013 kembali lagi. seperti pada tahun yang lepas karnival yang dianjurkan oleh Permuda Barisan Nasional (BN) telah menarik minat ribuan anak muda lepasan graduan serta bagi mereka yang mencari peluang pekerjaan lain.
Menurut Pengerusi BN Youth Job Fair Nazir Akhtar Hussin, Penganjuran kali ini akan diadakan di Empat buah negeri bermula dari 31 Januari ini di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah pada 31Januari sehingga 1 Fabruari. Lokasi kedua penganjuran ini akan diadakan di Dewan Millenium TerengganuTrade Centre pada 22 hingga 23 Februari, Lokasi ketiga karnival ialah di Dewan Masyarakat Tawau, Sabah pada 2 hingga 3 Mac dan penutup tirai karnival Kerjaya 2013 adalah di Pusat Dangangan Dunia Putra (PWTC).

Irwansyah & Isteri ditahan ketika berpesta "DADAH"
PING !!!... Berita Panas..
Empat artis Indonesia iaitu Irwansyah dan isterinya serta Zaskia dan Raffi Ahmad dikhabarkan ditahan oleh pihak berkuasa indonesia bersama dengan 13 rakan mereka ketika sedang berpesta dadah di kediaman Raffi di Lebak Bulus, Jakarta Selatan pada pagi ahad lalu. Laporan Berita
Bertindak atas maklumat awam, pihak BNN yang diketuai oleh Anang Iskandar yang menyerbu kediaman Raffi pada waktu subuh, katanya pada sidang media di sini.

Sunday, 27 January 2013
Penduduk MELAKA akan terima BR1M pada 1 Februari
Bagi Mereka yang masih belum memohon, Permohonan boleh dilakukan menerusi talian online atau menerusi pejabat Jawatankuasa penyelaras Dun.
Jalanraya GEORGETOWN sesak kerana perayaan Thaipusam
GEORGETOWN - Ribuan pengguna jalan raya terperangkap dalam kesesakan jalan raya di sekitar bandar raya ini, semalam, berikutan perarakan sempena sambutan perayaan Thaipusam yang akan berlangsung di sini, hari ini.
Tinjauan mendapati, beberapa jalan utama menuju ke pusat bandar seperti Jalan Datuk Keramat, Jalan Ayer Itam dan beberapa jalan lain ditutup secara berperingkat, selain beberapa lencongan dibuat bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Namun, beberapa kawasan lain didapati mengalami kesesakan teruk seperti di Lebuhraya Tun Lim Chong Eu, Jalan Sungai Pinang, Jalan Gudwara, Jalan Megazine, Jalan Masjid Negeri, Jalan Scotland dan laluan menuju Jalan Kebun Bunga.

Permain Felda parah rakan maut dalam kemalangan
KUALA KUBU BARU - Pemain bola sepak Felda United, Ahmad Fauzi Saari cedera parah setelah terbabit dalam kemalangan di Kilometer 407.5 Lebuh Raya Utara Selatan arah Ipoh, dekat Lembah Beringin di sini, awal pagi tadi.
Bagaimanapun, rakannya dikenali sebagai Muhammad Khairul Adnan Zakaria, 26, yang memandu kereta BMW maut akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, kereta dinaiki mangsa dipercayai terbabas di selekoh sebelum merempuh penghadang lebih raya lalu terbakar.
"Ahmad Fauzi patah tangan kanan dan dikejarkan ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk mendapatkan rawatan.
"Manakala, mangsa yang maut turut dibawa ke hospital sama untuk dibedah siasat," katanya.
Sinar

Subscribe to:
Posts (Atom)
Rakan Blog
-
-
-
E-Operasi: Modul Pengurusan Guru KPM6 years ago
-
-
-
Bina Web / Minisite Online Biz....10 years ago
-