Seorang anak tergamak memanggil ibunya "BINATANG" kerana ibunya tidak mengendahkan permintaannya untuk mendapatkan wang RM150. Ibu malang tersebut yang bekerja sebagai kerani disebuah Jabatan Kerajaan di Kuala Terengganu turut diugut anaknya untuk dibelasah jika hajatnya tidak diikuti.
Akibat tidak tahan dengan sikap anaknya, ibunya yang berusia 48 tahun akhirnya membuat laporan polis di Balai Polis Chabang Tiga kerana bimbang dengan keselamatan mereka sekeluarga.
Sebelum ini ibunya hanya mengikut sahaja kehendak anaknya tetapi anaknya mula bertindak liar dengan merosakkan barangan rumah selepas permintaannya tidak dilayan ibunya sejurus selepas berlaku pergaduhan dengan adiknya yang kesian melihat ibunya dilayan seperti itu.
Beliau yang tidak suka ditegur oleh adiknya terus mengamuk dan memecahkan tingkap rumah serta merosakkan harta benda di dalam rumah mereka sebelum bertindak mengasari adiknya itu.
Ketua Polis daerah Kuala Terengganu mengesahkan menerima laporan tersebut dan tangkapan dibuat dirumahnya pada jam 3 pagi dan suspek lelaki yang berusia 23 tahun itu direman 4 hari.
Siasatan dilakukan suspek mengaku menggugut ibunya dan alasan yang diberikan kerana ingin membaiki motorsikalnya.
Apapun alasan yang diberikan suspek, sepatutnya kejadian seperti ini tidak patut berlaku, sepatutnya suspek harus sedar yang dihinanya selama ini adalah ibu kandungnya sendiri. semoga kejadian seperti ini dijadikan ikhtibar.
100 Koleksi Teka Teki Lawak Bodoh Kelakar
5 weeks ago
No comments:
Post a Comment