RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Saturday 2 February 2013

Aznil Nawawi kini bergelar Datuk

Tahniah diucapkan kepada Aznil Nawawi apabila selebriti dan pengacara nombor satu negara dikurniakan darjat kebesaran Panglima Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk daripada yang di-Pertuan Agung, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Beliau adalah antara 283 penerima anugrah yang dikurniakan sempena hari Wilayah semalam, turut menerima anugrah semalam adalah Duta Khas ke India dan Asia Selatan iaitu Datuk Seri S.Samy Vellu yang mengetuai senarai penerima pingat dengan dikurniakan Darjat Seru Utama Mahkota Wiayah yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Menurut Aznil, anugerah yang diterimanya itu adalah pencapaian bermakna buat dirinya selama berkecimpung dalam dunia hiburan.

"Saya bersyukur dengan pengurniaan ini dan ia menjadi penyuntik semangat untuk terus melibatkan diri dalam dunia hiburan dan juga aktiviti kemasyarakatan," katanya di sini semalam.

Dalam pada itu, Tuanku Abdul Halim ketika bertitah pada majlis tersebut mahu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan berada pada kedudukan teratas dalam aspek daya saing global, mesra perniagaan dan indeks kebahagiaan.
"Sudah sampai masanya Wilayah Persekutuan setanding dengan bandar raya tersohor di negara maju," titah Seri Paduka.
Turut berangkat pada majlis itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.
Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...