RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Monday 28 January 2013

Jawatan Kosong di Karnival kerjaya bermula 31 Januari ini

Karnival Kerjaya 2013 kembali lagi. seperti pada tahun yang lepas karnival yang dianjurkan oleh Permuda Barisan Nasional (BN) telah menarik minat ribuan anak muda lepasan graduan serta bagi mereka yang mencari peluang pekerjaan lain.

Menurut Pengerusi BN Youth Job Fair Nazir Akhtar Hussin, Penganjuran kali ini akan diadakan di Empat buah negeri bermula dari 31 Januari ini di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah pada 31Januari sehingga 1 Fabruari. Lokasi kedua penganjuran ini akan diadakan di Dewan Millenium TerengganuTrade Centre pada 22 hingga 23 Februari, Lokasi ketiga karnival ialah di Dewan Masyarakat Tawau, Sabah pada 2 hingga 3 Mac dan penutup tirai karnival Kerjaya 2013 adalah di Pusat Dangangan Dunia Putra (PWTC).


Tahun lalu, Karnival ini telak menawarkan lebih 100,000 peluang pekerjaan yang diadakan di Stadium Bukit Jalil yang bermula pada 11Mei 2012 dan penganjuran pada tahun lalu memfokuskan kepada pembangunan kerjaya dan juga mempertingkatkan diri. Diharap Karnival kali ini dapat menarik lebih ramai lagi belia-belia lepasan Graduan sekaligus dapat membantu mereka.

Bagi Majikan yang berminat untuk memeriahkan karnival ini, sila hubungi sekretariat dengan melayari laman www.bnyouthjobfair.my .

Tunggu apa lagi.. serang....

Pecah kaca pecah gelas, lepas baca kena balas..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...