MELAKA - Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) akan menarik balik kad keahlian dan menghentikan elaun terhadap mana-mana anggotanya yang dianggarkan lebih daripada tiga juta orang sekiranya mereka menyertai perhimpunan yang didalangi pembangkang di Kuala Lumpur esok.
Ketua pengarahnya Datuk Mustafa Ibrahim berkata tindakan tegas itu wajar dilaksanakan ekoran perhimpunan tersebut adalah bertentangan dengan misi Rela dalam memastikan keamanan dan keselamatan negara terjamin.