
Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun Amirul Shafiq maut ketika menjalani rawatan di Hospital Gua Musang 6 jam selepas disengat puluhan ekor tebuan tanah ketika pulang dari bermain bola bersama 2 orang kakaknya.
Dalam kejadian pada pukul 6 petang 30 Disember lalu, Bapa mangsa Kamarulzaman Abdul Hamid 34 tahun, memberitahu ketika berlakunya insiden tersebut beliau tiada di rumah kerana bertugas sebagai buruh di Jabatan Perhutanan di Ipoh, Perak.
" Saya sampai pada pukul 9.30 malam dan masa itu anak saya sudah dimasukkan ke wad dan dia boleh makan seperti biasa, bagaimanapun 6 jam selepas kejadian dia disahkan meninggal dunia ". Ceritanya.
Sumber Kosmo
No comments:
Post a Comment