Sebuah kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) remuk dan rentung dijilat api tetapi anggota penguatkuasa JPJ selamat selepas orang awam bertindak agresif selepas kenderaan tersebut menjadi punca berlakunya kemalangan jalan raya membabitkan 8 buah kenderaan.
Dalam kejadian tersebut, saksi mendakwa kenderaan milik JPJ tersebut secara tiba-tiba menyeberangi pembahagi jalan untuk menahan sebuah lori membawa muatan buah kelapa sawit di laluan bertentangan, tetapi tindakan yang diambil oleh pemandu kenderaan JPJ itu bukan sahaja membahayakan anggota JPJ malah membahayakan orang ramai.
Kemalangan tersebut telah mengakibatkan ada kenderaan yang terbabas dan melanggar sesama sendiri selepas pemandu kenderaan lain terkejut dengan kemunculan mendadak kenderaan JPJ itu.Tindakan itu telah mengakibatkan 8 buah kenderaan terlibat dalam kemalangan tersebut iaitu 4 buah kereta, 1 motosikal, 2 bas sekolah dan 1 lori lain.
Ekoran dengan itu, pemilik kenderaan berserta orang ramai mula marah dan berang sehingga mengakibatkan kenderaan JPJ menjadi remuk dan turut dibakar di lokasi kejadian.
No comments:
Post a Comment