RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Friday, 11 January 2013

Dera anak teman wanita akhirnya dipenjara 10 tahun

Dipenjara 10 tahun dera anak teman wanita

Terbaru seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara diatas kesalahan mendera Muhammad Danish Aiman Abdullah 2 tahun dengan menampar dimuka dan kepala dengan niat untuk menyebabkan kematian kira-kira jam 9 malam pada 20 April tahun lalu.


Tertuduh Azhar Jusoh 32 tahun adalah merupakan teman lelaki kepada ibu kanak-kanak terbabit dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun oleh mahkamah seksyen Kuala Terengganu.
Beliau juga sebelum ini mempunyai 7 rekod jenayah lampau iaitu 3 kesalahan dadah, 3 kesalahan mencuri dan 1 kesalahan kekerasan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud di hadapan Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris manakala Azhar diwakili peguam bela, Muhamad Hayatuddin Mohd.

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi kamar mahkamah apabila Zulfazliah gagal mengawal perasaan sebak semasa melihat gambar mangsa yang dalam keadaan koma ketika hendak ditunjukkan kepada Hakim Wan Fadhilah Nor.

Akhbar keluaran 22 April tahun lalu melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun cedera di kepala, selepas dipercayai dipukul teman lelaki ibunya kerana tidak tahan melayan kerenahnya yang dikatakan terlalu aktif.

Susulan perbuatan itu, mangsa mengalami pendarahan otak dipercayai akibat ditampar dan kerana kecederaan berkenaan, mangsa berkemungkinan akan mengalami kecacatan kekal


Sinar harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...