Wanita yang didakwa mengamuk di JPM bersama dengan seorang lelaki bersenjatakan samurai pada Julai tahun lepas akan memohon kepada pendakwa raya untuk runding akuan bersalah terhadap tuduhan yang dikenakan.
Terdahulu Muhdalena didakwa pada 16 Julai tahun lepas didalam wad Hospital Putrajaya kerana menjalani eawatan selepas ditembak dipeha kanan dan beliau didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut untuk mendatangkan cedera parah kepada seorang anggota polis bantuan Ridzuan Megat Ahmad di perkarangan Kompleks B Jabatan Perdana Menteri pada 2.30 petang pada 9 Julai tahun lepas dan tuduhan dibuat keatasnya mengikut seksyen 506 kanun keseksaan.
Selain itu, Muhdalena turut didakwa membawa sebilah pedang ditempat yang sama dengan tuduhan mengikut seksyen 7 (1) akta bahan-bahan kakisan dan letupan dan senjata berbahaya 1958, beliau juga turut berdepan dengan 2 tuduhan mengikut akta larangan dan tempat larangan 1959.
Laporan perubatan dari Hospital Bahagia Ulu Kinta menunjukkan bahawa Muhdalena berada dalam keadaan tidak siuman semasa kejadian itu berlaku dan tidak tahu akibat dari perbuatannya. Bagaimanapun mental Muhdalena kini telahpun stabil dan cukup sihat untuk membela diri dan dibicarakan di mahkamah.
Sumber sinar harian
No comments:
Post a Comment