RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Friday, 11 January 2013

Tarik balik kad anggota RELA jika sertai perhimpunan 12 JAN


MELAKA - Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) akan menarik balik kad keahlian dan menghentikan elaun terhadap mana-mana anggotanya yang dianggarkan lebih daripada tiga juta orang sekiranya mereka menyertai perhimpunan yang didalangi pembangkang di Kuala Lumpur esok.
Ketua pengarahnya Datuk Mustafa Ibrahim berkata tindakan tegas itu wajar dilaksanakan ekoran perhimpunan tersebut adalah bertentangan dengan misi Rela dalam memastikan keamanan dan keselamatan negara terjamin.

"Rela walaupun tidak terlibat secara langsung dalam menjaga keamanan dan keselamatan perhimpunan esok, namun kira-kira 3,000 anggotanya dari Selangor dan Wilayah Persekutuan sedia diturunkan sekiranya diperlukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Rela ke-41 Tahun di Pusat Latihan Rela Wilayah Selatan Sungai Udang di sini hari ini.
Terdahulu dalam ucapan perasmian sambutan majlis tersebut, beliau berkata lima strategi utama dirangka bagi memperkasa dan memartabatkan pasukan sukarelawan itu pada tahun ini.

Beliau berkata antara strategi tersebut termasuk memantapkan pengurusan pasukan, menstruktur semula pasukan, mengemas kini semua arahan dan peraturan secara lebih objektif serta berhemah dan berkualiti.
Katanya Rela turut menyasarkan penyertaan 20,000 anggota remaja baru berusia antara 18 hingga 25 tahun di bawah Skuad Muda Rela (SMR) pada tahun ini.
"Strategi ini bertujuan menyahut seruan kerajaan yang memfokuskan perpaduan kaum, generasi Y dan kepentingan alam siber melalui pemantapan Unit Media Rela (UMR) dan Unit Skuad Rela (USR)," katanya.
Pada perkembangan lain katanya Rela telah mempersiapkan anggotanya dengan pelbagai kursus dan latihan kawalan keselamatan yang efektif sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Mustafa berkata persediaan tersebut sebagai usaha membantu meringankan beban agensi keselamatan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyat terjamin sepanjang proses pilihan raya tersebut.
Beliau berkata antara kursus yang telah dilaksanakan termasuk kawalan orang ramai, kawalan keselamatan dan kawalan trafik khususnya di tempat penamaan calon dan pembuangan undi.

Sinar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...