Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) memfailkan saman fitnah terhadap Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Lima lagi berhubung kenyataan penjualan minyak sawit mentah ke Israel.
Felda mendakwa bahawa Mazlan telah memuat naik kata-kata fitnah tersebut di laman sosial facebook miliknya pada 19 November lepas dan empat hari selepas itu ( 23 November ), Mazlan telah mengeluarkan kata-kata fitnah dalam satu perhimpunan yang dilakukan di hadapan pejabat Felda. selepas itu, Kenyataan fitnah tersebut telah diterbitkan semula menerusi akhbar Harakah pada 26 sehingga 29 November lepas.
Felda mendakwa kenyataan fitnah tersebut telah menjejaskan reputasi Felda dan mendakwa mereka berbuat demikian untuk menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat demi meneruskan agenda tersendiri.
Sumber Kosmo
No comments:
Post a Comment