Polis menembak mati 2 penculik selepas menculik seorang wanita selama 11 hari dan menuntut wang tebusan RM30 Juta. Pada operasi jam 9.45 malam yang dijalankan oleh sepasukan polis khas, hasil daripada risikan 2 penjenayah terbabit berada bersama mangsa.
Menyedari kehadiran pihak polis, penculik bertindak melepaskan tembakan dan menyebabkan berlaku kejadian tembak menembak antara kedua pihak dan akhirnya 2 penjenayah berusia 30 dan 40 tahun itu mati ditembak dan Wanita tersebut berjaya diselamatkan dan hanya mengalami cedera ringan.
26 Disember lepas sekumpulan empat penjenayah bersenjatakan pistol telah menculik wanita berusia 52 tahun dan suspek cuba untuk menculik anak saudara mangsa berumur 4 tahun yang berada bersama wanita tersebut tetapi gagal.
Susulan dari laporan yang dibuat oleh keluarga mangsa, polis menubuhkan pasukan khas diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim untuk menjalankan risikan dan pihak Polis berjaya menumpaskan 2 daripada 4 suspek tersebut.
sumber utusan malaysia
RENUNGAN
Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Rakan Blog
-
-
-
E-Operasi: Modul Pengurusan Guru KPM6 years ago
-
-
-
Bina Web / Minisite Online Biz....10 years ago
-
No comments:
Post a Comment