RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Monday 9 December 2013

Aplikasi MyTeksi banyak membantu pengguna

Sebut je Teksi K.L berapa ramai yang mengeluh,pasti akan ada pelbagai rungutan daripada pengguna. Tetapi hari ini seiring dengan peningkatan Teknologi yang berkembang seiring dengan peningkatan telefon pintar sebuah syarikat tampil dengan menyediakan perkhidmatan tempahan teksi melalui telefon pintar.

Menggunakan aplikasi tempahan teksi, pengguna tidak lagi perlu menunggu lama, ini kerana aplikasi ini lebih banyak membantu pengguna untuk mendapatkan perkhidmatan dengan lebih pantas dan kadar yang sepatutnya mengikut meter.

Aplikasi yang dinamakan MyTeksi ini turut dilengkapi dengan sistem penentu kedudukan global (GPS) dan itu merupakan yang pertama seumpamanya di negara ini dengan ini pengguna yang telah membuat tempahan teksi dapat mengetahui berapa lama masa yang diambil oleh pemandu untuk sampai.

Aplikasi ini dapat diperolehi melalui App Store untuk pengguna iPhone dan Google Play untuk pengguna Android.









Sunday 16 June 2013

Video Malam Anugerah Blokbuster 2


Proton turunkan harga kereta

 
Seperti mana janji yang dibuat kerajaan sebelum pilihan Raya umum ke-13 yang lalu untuk mengurankan harga kereta. Proton Holding Bhd akhirnya tampil menawarkan penurunan harga kereta dan langkah ini selaras dengan seruan Perdana Menteri dalam manisfesto PRU13 yang lalu.

Berita baik ini turut mendapat perhatian Timbalan Menteri Perdangangan Dalam Negeri, Koperasi dan Keperggunaan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dengan berkata Proton telah menyambut baik seruan Perdana Menteri dengan menurunkan harga kereta 1.3 sebanyak RM 5,000.

Dengan penurunan harga kereta, pengguna boleh melihat dan merasai sendiri janji-janji yang dibuat oleh pihak kerajaan kepada rakyat Malaysia telahpun ditunaikan. Katanya pada sidang media di Alor Setar, Kedah.

Sehubungan itu, beliau berharap agar syarikat-syarikat kereta lain turut sama mengikut jejak Proton untuk menurunkan harga kereta demi kesenangan rakyat.
"Proton dah turunkan harga, jadi saya harap syarikat lain menjadikan Proton sebagai contoh dan akan tampil ke hadapan untuk mengurangkan harga kereta," katanya.

Ahmad Bashah berkata harga kereta-kereta lain akan diturunkan secara berperingkat.

Pada 13 Jun yang lalu, Proton menawarkan kepada rakyat Malaysia satu varian kereta keluarannya yang  akan dijual dengan harga lebih rendah dan mampu dimiliki oleh semua rakyat Malaysia.

Friday 5 April 2013

'Tok Mun' 94 tahun mahu tanding parlimen K.Terengganu

Tok Mon mahu tanding lagi di Kuala Terengganu
Masih ingatkah lagi anda dengan Tok Mun atau nama sebenar Maimun Yusof yang pernah bertanding sebagai calon bebas do Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya umum 2008.

Diusia 94 tahun, Tok Mun yang kelihatan masih sihat menjadi colan terawal mengambil borang penamaan calon untuk bertanding di Parlimen Kuala Terengganu sebagaimana sebelum ini dimana Tok Mun yang juga calon bebas menggunakan simbol kungci berjaya mendapat 685 undi tetapi tewas kepada Allahyarham Datuk Razali Ismail (BN) 32,562 undi manakala calon (Pas) Mohamad Sabu 31.954 undi.

Monday 1 April 2013

Tipu ibu kandung kerana ingin berasmara dengan kekasih

Pelajar 16 tahun tipu ibu dicekup khalwat
Gara-gara ingin mahu bertemu kekasih untuk berasmara, seorang pelajar tingkatan empat sanggup menipu ibunya bagi meminta menghantarnya ke sebuah restoran makanan segera dibandar Ledang dengan alasan ingin berjumpa dan bermalam di rumah kawan baiknya.

Sebaliknya berlaku, apabila beliau dicekup berkhalwat bersama teman lelakinya di sebuah hotel bajet dalam keadaan tanpa seurat benang dipercayai baru selesai mengadakan hubungan seks. Difahamkan pasangan kekasih ini sering menjadikan hotel bajet terbabit sebagi lokasi untuk mengadakan hubungan seks setiap kali berjumpa.

Y.D.P Al-Ehsan serah diri kepada polis

Muhammad Ridzwan Sulaiman
Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman hari ini tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang bagi membantu siasatan berhubung percerobohan di Sabah.

Beliau yang hadir bersama lebih 10 orang kenalannya dan memakai baju melayu merah dan berserban tiba di Balai Polis pada 11.05 pagi tadi. Bercakap kepada pemberita sebelum menyerah diri kepada pihak Polis, beliau mengakui memberi bantuan kewangan kepada Sultan Sulu Jojo, Selatan Filipina iaitu Sultan Muedzul Lail Tan Kiram yang ditemui pada 15 dan 16 sept tahun lalu.

Thursday 28 March 2013

SPAM yang merimaskan

Spam adalah satu kiriman email yang biasanya dihantar oleh pengirim kepada penerima tetapi kebiasaannya kiriman yang dihantar oleh pengirim adalah berbentuk iklan. Kebiasaannya si penerima tidak dapat mengenal siapakah pengirim ini dan kebiasaannya pengirim menghantar kiriman kepada sejumlah besar pengguna internet.

Bagaimanakah pengirim Spam mendapat maklumat email penerima?, Ianya satu tugas yang biasanya mereka akan mengodam website yang mempunyai sistem daftar maklumat pengguna, melalui laman sosial dan pelbagai lagi.

Tuesday 26 March 2013

Buat duit tanpa modal hanya jawab survey



Assalamualaikum salam sejahtera dan salam satu Malaysia..

Dalam dunia hari ini, segalanya memerlukan wang untuk hidup, wang membolehkan seseorang individu membeli makanan, pakaian, pengangkutan, menyediakan tempat tinggal dan banyak lagi, tanpa wang mungkin segalanya tidak dapat diuruskan dengan teratur.

Masalah kewangan yang membelenggu seseorang individu boleh mengakibatkan seseorang itu terjebak dengan masalah sosial, ini dapat dibuktikan dengan pelbagai permasalahan timbul seperti samun, rompak, pecah rumah dan pelbagai lagi.

Hari ini, jika seseorang itu mengharapkan wang itu jatuh dari langit dengan tanpa usaha dan tanpa membuat apa-apa dengan itu boleh lah seseorang itu mendaftarkan dirinya di hospital terpilih.

Monday 25 March 2013

Pilihanraya di Malaysia


Pilihan raya di Malaysia adalah satu proses demokrasi untuk memilih calon untuk mewakili rakyat di parlimen melalui undian oleh rakyat dan setiap calon yang dipilih rakyat akan memegang jawatan  seperti penggubal undang-undang, eksekutif, perundangan dan kerajaan tempatan.

Terdapat dua jenis pilihanraya di Malaysia iaitu Pilihanraya umum dan pilihanraya kecil, sistem pilihanraya yang dijalankan adalah mencari pemenang menerusi undian yang dikira bagi calon yang bertanding dan pemenang akan diumumkan selepas mendapat undi yang terbanyak dan ia dipantau oleh Suruhanjaya Pilihan raya.

puncak dunia Gunung Everest

Gunung Everest merupakan satu gunung tertinggi di Dunia yang terletak di banjaran Himalaya dengan ketinggian 8,850 meter dari aras laut. Di kemuncak gunung adalah membahagikan kepada dua negara iaitu antara Nepal dan Tibet, China

Gunung yang menjanjikan satu cabaran yang boleh dianggap diluar kemampuan manusia untuk mendaki sampai kepuncak, dengan suhu sejuk yang terlampau dan juga angin kencang yang bakal dihadapi oleh pendaki pada ketinggian lebih 6,000 meter ianya telah ramai mengecewakan para pendaki untuk sampai ke puncak.

Monday 11 March 2013

Rahsia angka Tujuh


Apakah keunikan angka tujuh dalam kiraan sebenarnya mempunyai pelbagai rahsia besar yang tidak dapat dirungkai oleh akal manusia, sebenarnya angka ini banyak mempengaruhi kehidupan kita.

Sebagai seorang yang beragama islam kita harus percaya betapa Al-Quran ini benar-benar memiliki mukjizat yang diturunkan dari Allah kepada umatnya melalui wahyu yang disampaikan oleh Nabi Muhammad saw untuk dijadikan panduan sehingga ke hari akhirat.

Angka tujuh adalah satu angka yang sering kali di ulang didalam Al-Quran dan ini menunjukkan betapa pentingnya angka ini dan ini dapat dilihat di dalam surah Al-Fatihah dimana ianya mempunyai tujuh ayat, azan yang menyeru umat islam untuk mengejakan solat mempunyai tujuh ayat dan pintu neraka mempunyai 7 pintu.

Gurun terpanas dan terbesar didunia

Tahukah anda gurun panas paling besar di dunia adalah terletak di Afrika Utara, gurun ini mempunyai keluasan 9,400,000 km² (3,630,000 batu persegi) adalah sebuah padang pasir yang diberi nama Gurun Sahara dan dipercayai berusia 2.5 Juta tahun dahulu.

 

Oleh kerana Sahara mempunyai suhu melebihi 45 darjah celcius pada siang hari dan suhu sejuk yang melampau diwaktu malam hanya sebilangan hidupan sahaja yang dapat menghuni gurun ini,Hidupan yang mampu bertahan dengan kepanasan  extream pada siang hari dan kesejukkan melampau pada malam hari akan terus subur di bumi Sahara.

Thursday 7 March 2013

SABAH sah milik Malaysia melalui penjanjian Cobbold


Perkara yang dibangkitkan oleh waris Kesultanan Sulu untuk menuntut Sabah dari Malaysia adalah sangat tidak relevan kerana Sabah adalah sebuah negeri yang sah milik Malaysia melalui satu persetujuan oleh rakyat Sabah pada tahun 1962 bagi menyertai pembentukkan Malaysia.

Persetujuaan itu dilakukan oleh Perdana Menteri pertama iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman menerusi penjanjian Cobbold bertujuan untuk memberi kebebasan dan keadilan kepada semua pihak dan pada pada 17 Januari 1962 sebuah suruhanjaya yang akan meninjau pandangan penduduk negeri-negeri tersebut telah diumumkan dan dikenali sebagai Suruhanjaya Cobbold.

Wednesday 6 March 2013

Sejarah penubuhan 69 komando PDRM


69sejarah.jpg

Disebalik pencerobohan yang berlaku di Sabah oleh pengikut Sultan Sulu dan marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada 8 anggota Polis yang terkorban demi mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara. Antara anggota polis yang terkorban adalah daripada 69 Komando tetapi tahukah anda semua apakah 69 Komando.
 
Nama 69 Komando adalah satu nama yang paling digeruni oleh pihak musuh, ia ditubuhkan pada tahun 1969 sebagai unit tempur khas bagi membanteras sebarang tindakan insurgensi oleh Parti Komunis Malaya dan nama 69 komando itu sendiri diambil semperna tahun ia ditubuhkan.

Sunday 3 March 2013

Penceroboh Lahad Datu rela mati dari menyerah diri



Filipina mahu pengikut Sultan Sulu elak pertumpahan darah
Selepas hampir sebulan isu pencerobohan yang dilakukan oleh Raja Muda Agbimuddin Kiram dan pengikutnya yang berkubu di Lahad datu sejak 9 februari lalu. Tanda-tanda mereka akan meninggalkan Sabah atau menyerah diri masih lagi belum dicapai sebaliknya mereka memaklumkan pendirian untuk kekal di Lahad Datu serta rela mati di sana.


Menurut Portal Inquarer, Agbimuddin telah memaklumkan pendirian itu dalam satu mesej yang dihantar kepada abangnya Sultan Jamalul Kiram III pada jam 5 pagi semalam dan antara isi kandungan mesej tersebut adalah. "Selepas mengebumikan saudara kami sembilan orang dan seorang saudara perempuan kami, setiap 224 daripada kami telah memutuskan untuk mati di Lahad Datu dalam usaha mencapai impian dan aspirasi kami," kata beliau dalam mesejnya.

Thursday 28 February 2013

Sejarah awal kerajaan Melayu Melaka

Mengikut sejarah Kesultanan Melayu Melaka wujud pada 1400-1403 yang diasaskan oleh seorang anak raja dari Pelembang iaitu Parameswarayang atau Dharmaraja iaitu Raja Singapura terakhir yang berasal dari keturunan Srivijaya.

Pada tahun 1401, Kerajaan Singapura telah diserang oleh Kerajaan Majapahit dengan bantuan Bendahara yang belot iaitu Sang Rajuna Tapa,Akhirnya kerajaan Singapura telah mengalami kekelahan dan Parameswara bertindak melarikan diri bersama pengikutnya menuju ke pantai Barat Semenanjung Melayu bagi membuka negeri yang baru.

Menurut sejarah melayu yang dikarang oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1565, Sebaik Parameswara tiba di Muar, beliau cuba untuk mendirikan pusat pemerintahannya di Muar tetapi gagal ekoran diganggu oleh biawak yang banyak.

Wednesday 27 February 2013

Wanita dalam pantang dipenjara 'Tawar khidmat Seks'

Tindakan seorang wanita berumur 31 tahun yang juga isteri kepada seorang lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan menawarkan perkhidmatan seks kepada seorang anggota polis yang berpangkat Sarjan Major mengundang padah.

Tertuduh Rosmalini Hussin yang masih berpantang melahirkan anak kelima ditahan dihadapan sebuah hotel di Jalan Raja Laut pada jam 8.05 malam dijatuhkan hukuman penjara dua bulan bermula dari tarikh beliau ditangkap pada 24 Februari lepas.

Thursday 21 February 2013

BN YOUNT JOB FAIR K.Terengganu bermula 22 Feb

 Orang ramai khasnya belia yang berada di Kuala Terengganu yang masih lagi mencari peluang pekerjaan dan juga bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat untuk menyertai program-program latihan ataupun mendapatkan khidmat nasihat, bimbingan keusahawanan serta kemudahan pinjaman bagi mereka yang berminat membuka perniagaan sendiri dijemput ke Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu pada 22 dan 23 Feb semperna program BN Yount Job Fair 2013.

Terdapat 80 syarikat termasuk agensi kerajaan dan pusat latihan menyertai program ini dengan anggaran sebanyak 20,000 belia serta orang ramai akan hadir ke program yang berlangsung selama dua hari ini.

Wednesday 20 February 2013

Terlanjur di awal usia 17 tahun

https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSBXOh6kZ0vZLQp9O8l_fPz3_AiXGjzIMC7lZE5Nwi5gqWaKIb0Kw
Kisah kali ini adalah sebuah kisah yang mempunyai pengajaran yang cukup berguna semoga ianya boleh djadikan iktibar dan sempadan, walau bagaimanapun kisah ini sedikit sebanyak telah di ubah serta diolah untuk tatapan pembaca. kisah ini adalah sebuah kisah benar yang berlaku pada seorang gadis diawal usia 17 tahun.
Umur aku sekarang ni dah 26 Tahun dan sudah bekerja disebuah syarikat swasta yang terkenal diseluruh Malaysia. Macam remaja-remaja lain, aku juga mempunyai pengalaman yang tak dapat dilupakan semasa aku remaja dahulu.
Kisah ini terjadi semasa aku di tingkatan 5, masa ini aku baru mula berani bercinta dengan teman lelaki ku, umur teman lelaki aku pada masa itu adalah 21 tahun dan ketika itu dia merupakan pelajar di salah sebuah IPT berhampiran tempat tinggalku.
Teman lelaki aku merupakan seorang yang pandai memujuk dan semua kata-katanya cukup indah apatah lagi pada ketika itu umur aku hanya 17 tahun, cukup mudah untuk aku mempercayai semua kata-katanya.

Tuesday 19 February 2013

BL1M dilanjutkan sehingga Mac

Selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan program BL1M pada 31 Januari tahun lepas bagi memudahkan golongan belia mendapat lesen motosikal B2 pada harga yang lebih murah iaitu RM199 berbanding harga asal RM350.

Permuda Umno akan melanjutkan tarikh tutup permohonan Bantuan Lesen 1Malaysia sehingga 1 Mac depan. Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata sejak BL1M dilancarkan pihaknya telah memperoleh sebanyak 116,335 permohonan dan sasaran menjelang 1 mac depan, pihaknya menyasarkan untuk memperoleh sebanyak 150.00 permohonan.

Antara sebab dan maklum balas yang diperolehi antaranya cuti panjang, menunggu gaji pada akhir bulan serta kesesakan institusi kewangan. Dengan tempoh lanjutan itu, pihak Permuda Umno akan menambah 515 pusat pendaftaran BL1M dan akan menjadikan sebanyak 737 pusat pendaftaran di seluruh negara.

Berhati-hati dengan penipuan BL1M

Belia yang ingin memohon Bantuan Lesen 1Malaysia diminta berhati-hati serta berwaspada dengan individu yang mengaku sebagai ejen Bantuan Lesen 1Malaysia (BR1M).

Bagi pendaftaran permohonan BL1M orang ramai boleh mendaftar melalui My E.G Services Bhd selaku vendor bagi menguruskan program ini dengan bayaran hanya RM199 serta boleh dilakukan di Ibu Pejabat Umno Malaysia, Menara Dato' Onn Kuala Lumpur dengan pembayaran secara atas talian melalui kad kredit dan juga e-banking meps. 

Friday 15 February 2013

Sejarah Kesultanan Sulu

Berikut adalah sejarah Kesultanan Sulu, yang pernah menguasai Laut Sulu di Filipina Selatan dan kerajaan ini didirikan pada tahun 1450. Kerajaan Kesultanan Sulu adalah sebuah kerajaan Islam pada kegemilangannya dan sempadan kerajaan ini dari Mindanao sehingga ke timur Sabah.

Mengikut daripada sejarah awal kerajaan ini. ianya bermula pada tahun 1380 oleh seorang ulama yang berasal dari tanah Arab iaitu Karim Ul-Makdum telah menyebarkan ajaran Islam di kepulauan Sulu.

Kemudian pada tahun 1390, Seorang Raja yang berasal dari Minangkabau iaitu Raja Bagindo telah meneruskan ajaran Islam di Wilayah ini dan mengislamkan masyarakat Sulu sehingga ke Pulau Sibutu dan Raja Baginda meneruskan penyebaran Islam sehingga ke akhir hayatnya.

Thursday 14 February 2013

Lahad Datu terkawal, pihak berkuasa kenal pasti kumpulan penceroboh

Lahad Datu yang diceroboh oleh sekumpulan rakyat asing yang berpakaian ala tentera pada selasa lepas kini berada dalam keadaan terkawal. Angkatan Tentera Malaysia dan Polis masih meneruskan rundingan sejak malam semalam dengan mereka.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein berkata, penduduk dikawasan berdekatan telah diarahkan untuk berpindah untuk menjamin keselamatan dan sehingga kini tiada laporan penduduk dijadikan tebusan.

BR1M mungkin meningkat kepada RM1000

LEDANG - Timbalan Perdana Menteri hari ini membayangkan kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang kini berjumlah RM500 mungkin meningkat kepada RM1,000 pada masa depan jika Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat mentadbir negara.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pemberian BR1M akan diteruskan sekiranya kerajaan BN memenangi pilihan raya dan mempunyai kemampuan kewangan untuk terus membantu rakyat.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib (Tun Razak) ada sebutkan dua hari lepas di Johor. Ada orang tanya ada ke tidak BR1M 3 dan BR1M 4.


Fenomena Air Laut berwarna merah



Fenomena Air Laut berubah warna menjadi kemerahan bukannya perkara asing lagi sebenarnya,Fenomena ini sebenarnya sering berlaku di Dunia malahan pernah berlaku di negeri di semenanjung Malaysia seperti di Pulau pangkor pada tahun 2009.

Laut menjadi kemerahan di Sabah 3 maut

Fenomena Laut bertukar menjadi kemerahan yang berlaku di Sabah akhirnya mengundang bencana apabila 3 orang termasuk seorang wanita 23 tahun menjadi korban selepas dipercayai memakan kerang dan lokan yang tercemar disebabkan air laut tersebut (Berita penuh disini).

Sebanyak 43 kes direkodkan oleh Jabatan kesihatan Negeri dan setakat 7.30 malam semalam terdapat 10 orang dilaporkan mendapat rawatan di HWKKS, 6 orang di Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE2), 2 orang di HQE1, 6 orang di Hospital Tuaran, 3 orang di Klinik Kesihatan Likas.

PERTIGA tubuh Pusat media

Pertubuhan Islam Gabungan Amal (PERTIGA) mengorak langkah baru dengan menubuhkan pusat media bagi membantu pihak berkuasa membanteras gejala sosial di Pulau Pinang. (baca disini).
Menurut Timbalan Presiden PERTIGA Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie, Pusat Media ini ditubuhkan berfungsi sebagai membantu pihak beruasa membongkar aktiviti tidak bermoral seperti lumba haram, perjudian dan maksiat.
"Kita juga merancang untuk mewujudkan radio Internet tidak lama lagi bertujuan mendidik masyarakat menjadi warga negara yang mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharian serta sayang kepada bangsa, agama dan negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pusat media itu di Jalan Terengganu di sini hari ini.
Awie berharap pusat media Pertiga berupaya menjadi medium yang dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pentingnya bekerjasama dengan kerajaan bagi mewujudkan persekitaran selamat serta bebas dari gejala negatif itu.

Sunday 10 February 2013

Konflik Shaarnaaz Shila "Jangan Libatkan Keluarga"

Konflik cinta antara Sharnaaz Ahmad dan penyanyi Shila Amzah tiada kesudahannya, terbaru Sharnaaz yang juga pelakon filem Juvana meminta agar tidak libatkan konflik cinta antara mereka dengan keluarganya serta mengakui isu yang terjadi selama ini telah menguris hati keluarganya.

“Saya tak mahu melibatkan Ko (keluarga). Biar saya yang selesaikan,” katanya dengan nada lemah kepada sebuah akhbar baru-baru ini.

Pelakon berusia 28 tahun ini juga enggan mengulas lanjut tentang pelbagai peristiwa yang berlaku melibatkan kekasihnya itu.

Saturday 2 February 2013

Semak Saman PDRM keputusan report POLIS lebih Mudah

 
Pada Entri kali ni COK nak kongsikan pada rakan-rakan semua bagaimana nak semak saman secara online mengunakan Laman Rasmi PDRM. Tapi sebelum tu COK nak ucapkan terima kasih kepada rakan COK kerana bertanyakan soalan ini.

Pasti masih ramai yang belum sedar kewujudan laman ini iaitu Sistem Semak Online (SSO)  http://sso.rmp.gov.my/Login.aspx. Untuk rakan-rakan yang hendak menggunakan laman ini anda perlulah mendaftarkan diri terlebih dahulu seterusnya log masuk penggunakan Id 
pengguna serta kata laluan yang telah didaftarkan.

Pembayaran BR1M akan diterima 4-Feb 2013

Terima kasih Kerajaan, Hari ini akhirnya aku terima surat Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang dihantar kepada aku dan perlu ditebus RM500 tu pada hari isnin depan jam 8.00 Malam.

Entri yang dipost sebelum ini PEMBAYARAN BR1M AKAN DIBAYAR BERMULA FEBRUARI terbukti apabila aku sendiri yang menerima di awal bulan Februari.

Aznil Nawawi kini bergelar Datuk

Tahniah diucapkan kepada Aznil Nawawi apabila selebriti dan pengacara nombor satu negara dikurniakan darjat kebesaran Panglima Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk daripada yang di-Pertuan Agung, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Beliau adalah antara 283 penerima anugrah yang dikurniakan sempena hari Wilayah semalam, turut menerima anugrah semalam adalah Duta Khas ke India dan Asia Selatan iaitu Datuk Seri S.Samy Vellu yang mengetuai senarai penerima pingat dengan dikurniakan Darjat Seru Utama Mahkota Wiayah yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Menurut Aznil, anugerah yang diterimanya itu adalah pencapaian bermakna buat dirinya selama berkecimpung dalam dunia hiburan.

"Saya bersyukur dengan pengurniaan ini dan ia menjadi penyuntik semangat untuk terus melibatkan diri dalam dunia hiburan dan juga aktiviti kemasyarakatan," katanya di sini semalam.

Pelacur Warga Uzbekistan ditahan disebuah hotel di Nilai

Padah pelacur warga Uzbekistan apabila ditahan bersama dengan seorang pelanggan ketika sedang berasmara di sebuah hotel di Nilai.Kegiatan wanita berusia 31 tahun ini dikesan sejak beberapa hari lalu apabila beliau mengiklankan perkhidmatan seks didalam sebuah laman web berbahasa cina dengan bayaran antara RM450 hingga RM500.

Ketika serbuan yang diketuai oleh Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Otman pihaknya mendapati wanita ini sudah dua kali datang ke negara ini dengan rekod terbaru pada 24 Januari lepas sebagai pelancong.

Panggil IBU KANDUNG dengan gelaran BINATANG

Seorang anak tergamak memanggil ibunya "BINATANG" kerana ibunya tidak mengendahkan permintaannya untuk mendapatkan wang RM150. Ibu malang tersebut yang bekerja sebagai kerani disebuah Jabatan Kerajaan di Kuala Terengganu turut diugut anaknya untuk dibelasah jika hajatnya tidak diikuti.

Akibat tidak tahan dengan sikap anaknya, ibunya yang berusia 48 tahun akhirnya membuat laporan polis di Balai Polis Chabang Tiga kerana bimbang dengan keselamatan mereka sekeluarga.

Kuala Nerus akan diistiharkan Daerah kelapan di Terengganu

P35 Parlimen Kuala Nerus

Terengganu akan melakar sejarah baru jika Barisan Nasional (BN) dapat memenangi undi rakyat dengan majoriti dua pertiga di parlimen. Menurut menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

Wednesday 30 January 2013

Tukar Rankaian telefon ke TUNE TALK melalui ONLINE

Akibat kecewa dengan perkhidmatan rankaian telefon yang selain dari Tune Talk, ada sesetengah pengguna telahpun menukarnya ke pelan Tune Talk, betul ke Tune talk ni bagus ?. Ini adalah feed back yang diperolehi hasil daripada survey yang dilakukan keatas pengguna telefon.

"Mereka sering kecewa dengan perkhidmatan rankaian yang mereka gunakan sekarang, lebih-lebih lagi bagi mereka yang menggunakan telefon Pintar seperti Blackberry, samsung dan I Phone".


BERAPA BESARKAH OTAK MANUSIA


Adakah anda setiap manusia mempunyai satu organ yang dipanggil otak, ia merupakam satu organ yang amat penting dan ianya sangat kompleks sehinggakan sesiapa yang ingin memprogramkan komputernya menyamai otak manusia, memerlukan belanja berbilion dolar.

Otak manusia lazimnya memiliki berat antara 1300-1400 g dan bagi otak bayi yang baru lahir mempunyai berat antara 350-400g manakala perkembangan otak akan terhenti berkembang pada usia 18 tahun.

Tuesday 29 January 2013

INDAHNYA GUNUNG JERAI


 
Kali ini COK nak bawa anda semua terjah lagi ketempat menarik. Jika sebelum ini COK kongsikan satu entri berkenaan air terjun tertinggi di Malaysia (Baca disini), untuk kali ini COK akan kongsikan pada anda apa yang menariknya Gunung Jerai.


Gunung Jerai atau boleh juga dipanggil sebagai puncak Kedah yang terletak di Negeri Kedah merupakan sebuah gunung yang mempunyai ketinggian 1,217 meter dari aras laut dengan suhu antara 19 hingga 24 darjah celsius sememangnya cukup sesuai bagi anda yang sukakan aktiviti santai dan cintakan alam semulajadi yang pastinya anda dapat melihat kepelbagaian tumbuhan tropika yang cukup indah.

Monday 28 January 2013

Jawatan Kosong di Karnival kerjaya bermula 31 Januari ini

Karnival Kerjaya 2013 kembali lagi. seperti pada tahun yang lepas karnival yang dianjurkan oleh Permuda Barisan Nasional (BN) telah menarik minat ribuan anak muda lepasan graduan serta bagi mereka yang mencari peluang pekerjaan lain.

Menurut Pengerusi BN Youth Job Fair Nazir Akhtar Hussin, Penganjuran kali ini akan diadakan di Empat buah negeri bermula dari 31 Januari ini di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah pada 31Januari sehingga 1 Fabruari. Lokasi kedua penganjuran ini akan diadakan di Dewan Millenium TerengganuTrade Centre pada 22 hingga 23 Februari, Lokasi ketiga karnival ialah di Dewan Masyarakat Tawau, Sabah pada 2 hingga 3 Mac dan penutup tirai karnival Kerjaya 2013 adalah di Pusat Dangangan Dunia Putra (PWTC).

Irwansyah & Isteri ditahan ketika berpesta "DADAH"

PING !!!... Berita Panas..
Empat artis Indonesia iaitu Irwansyah dan isterinya serta Zaskia dan Raffi Ahmad dikhabarkan ditahan oleh pihak berkuasa indonesia bersama dengan 13 rakan mereka ketika sedang berpesta dadah di kediaman Raffi di Lebak Bulus, Jakarta Selatan pada pagi ahad lalu. Laporan Berita

Bertindak atas maklumat awam, pihak BNN yang diketuai oleh Anang Iskandar yang menyerbu kediaman Raffi pada waktu subuh, katanya pada sidang media di sini.

Sunday 27 January 2013

Penduduk MELAKA akan terima BR1M pada 1 Februari

Kerajaan negeri Melaka akan mula menyerahkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 mulai Fabruari ini kepada mereka yang masih bujang dan berumur 21 tahun keatas. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, Pengagihan itu membabitkan fasa 1, yang bakal diterima oleh 80,500 orang.

Bagi Mereka yang masih belum memohon, Permohonan boleh dilakukan menerusi talian online atau menerusi pejabat Jawatankuasa penyelaras Dun.

Jalanraya GEORGETOWN sesak kerana perayaan Thaipusam

GEORGETOWN - Ribuan pengguna jalan raya terperangkap dalam kesesakan jalan raya di sekitar bandar raya ini, semalam, berikutan perarakan sempena sambutan perayaan Thaipusam yang akan berlangsung di sini, hari ini.

Tinjauan mendapati, beberapa jalan utama menuju ke pusat bandar seperti Jalan Datuk Keramat, Jalan Ayer Itam dan beberapa jalan lain ditutup secara berperingkat, selain beberapa lencongan dibuat bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Namun, beberapa kawasan lain didapati mengalami kesesakan teruk seperti di Lebuhraya Tun Lim Chong Eu, Jalan Sungai Pinang, Jalan Gudwara, Jalan Megazine, Jalan Masjid Negeri, Jalan Scotland dan laluan menuju Jalan Kebun Bunga.


Permain Felda parah rakan maut dalam kemalangan

KUALA KUBU BARU - Pemain bola sepak Felda United, Ahmad Fauzi Saari cedera parah setelah terbabit dalam kemalangan di Kilometer 407.5 Lebuh Raya Utara Selatan arah Ipoh, dekat Lembah Beringin di sini, awal pagi tadi.

Bagaimanapun, rakannya dikenali sebagai Muhammad Khairul Adnan Zakaria, 26, yang memandu kereta BMW maut akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, kereta dinaiki mangsa dipercayai terbabas di selekoh sebelum merempuh penghadang lebih raya lalu terbakar.

"Ahmad Fauzi patah tangan kanan dan dikejarkan ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk mendapatkan rawatan.

"Manakala, mangsa yang maut turut dibawa ke hospital sama untuk dibedah siasat," katanya.


Sinar

Saturday 26 January 2013

PANDUAN RUMAH TANGGA BAHAGIA


Sebut sahaja "perkahwinan" ia adalah satu fitrah yang ditetapkan oleh Allah S.W.T kepada setiap hambanya dan ia juga merupakan satu perkara yang mulia yang boleh memperbanyakkan lagi umat Muhammad S.A.W.

Apabila seseorang itu dipertemukan jodohnya, maka haruslah dipercepatkan dan disegerakan majlis pernikahannya, agar terbinalah satu kehidupan berkeluarga yang hormoni dan bahagia serta diberkati oleh Allah S.W.T.

Dari itu, bermulanya mencari Jodoh sehingga berlangsungnya Ijab dan Kabul, kesemuanya perlulah dijalankan mengikut hukum syariah dan ajaran islam agar ia dimurliakan disisi Allah S.W.T.

Semak keputusan STAM melalui SMS pada 30 Januari


Calon peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2012 boleh mendapatkan keputusan pada khamis ini.

Ketua Penolong Pengarah Unit Khidmat Bantuan Pentaksiran dan Dokumentasi Kementerian Pelajaran, Noriza Mohd. Noor berkata, semua calon peperiksaan itu boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing bermula pukul 10 pagi. "Bagi calon persendirian, keputusan akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran negeri," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Semakan juga boleh dibuat melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menghantar STAM jarakkan dan masukkan angka giliran dan hantarkan ke 15888. Calon-calon boleh mula menyemak pada 30 Januari ini sehingga tarikh akhir 11.59 malam 5 Februari.

Enam Remaja dikehendaki Polis


Akibat terlanggar bahu ketika sedang melangkah keluar dari sebuah kedai di Kawadan Rehat Seremban, Enam Remaja bertindak membelasah seorang Lelaki yang bekerja sebagai perniaga sehingga mengalami kecederaan parah di muka dan Kepala dalam kejadian pada 14 November Tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai berkata, Dalam kejadian pada pukul 2.30 pago itu, Salah seorang dari remaja itu tidak berpuas hati kerana lelaki terbabit telah melanggar bahunya dan akibat insiden itu, Remaja tersebut telah memanggil rakannya sebelum mereka bertindak memukul mangsa beramai-ramai.

Penjenayah Lari kawalan Polis bakal Dipenjara atas 5 pertuduhan


Tiga Penjenayah yang lolos dari kawalan Polis pengiring pada 7 januari lalu Mohd Farid Akhtar, Mohd Shahrimy Md Noor dan Mohd Khairul Nizam Abd Rani bakal dipenjara 14 tahun selepas mereka mengaku bersalah atas lima pertuduhan di hadapan Majistret Hizwaen Azleena Othman Kamal.

Mengikut pertuduhan satu hingga empat, kesemua tertuduh bersama dengan dua OKT yang telah mati dan dua lagi yang masih bebas didakwa telah mencederakan empat anggota polis yang ketika itu sedang mengiring mereka dari Penjara Pulau Pinang ke Mahkamah Butterworth.

Friday 25 January 2013

Populariti dunia K-POP


K-POP atau Pop Korea adalah aliran muzik popular dari Koreo Selatan hasil gabungan muzik hip-hop, elektro, pop, rock dan r&b. Kebanyakkan artis dari Korea menggunakan aliran muzik ini dan menjadi kegilaan remaja di seluruh dunia dengan mengikuti gaya dan fesyen malah ada yang meletakkan nama mereka dengan tambahan K-Pop di depan atau belakang nama.

Populariti K-Pop semakin meningkat naik dengan adanya Facebook, Twitter dan lama sosial lain diseluruh dunia sekaligus menjadikan ianya mudah diakses oleh perminat muzik ini, malah tidak salah jika dikatakan ia mampu menarik minta lebih ramai lagi anak muda di seluruh dunia untuk mengenali lebih dekat budaya masyarakat Korea.

Thursday 24 January 2013

"JOM BAKAR BIBLE" Polis minta jangan percaya khabar angin

Acara "Jom bakar...pesta bakar Bible melayu demi masa depan cucu kita". Polis Pulau Pinang mengesa orang ramai jangan mempercayai khabar angin tersebut yang kononnya akan diadakan di Padang Bandaran bagan Luar, Butterworth Ahad ini.

Berita ini dilaporkan oleh Sinar harian (LIhat disini), selepas Polis Pulau Pinang menerima laporan dari seorang paderi yang menemui risalah bertulis "Jom bakar.." yang terletak dalam peti surat di sebuah gereja 20 Jan lepas.

sokong kalimah Allah digunakan dalam Bible perbuatan Syirik

"Sokong penggunaan kalimah ALLAH untuk penganut agama lain sama ada dalam Bible versi Bahasa Melayu atau mengantikannya dengan nama tuhan dianggap perbuatan syirik". Ketetapan ini dibuat oleh orang no dua Pas dan beliau tetap dengan pendiriannya sejak dua tahun lalu.

Timbalan Musyidul Am Pas Datuk Harun Din dan Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Hasan Ali sama-sama memberi ucapan di forum sempena Maulidul Rasul di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di Bandar Perda hari ini.

Shakira & Gerard Pique menyambut kelahiran anak sulong.


Shakira dan pasangan Gerard Pique, bersama anak lelaki sulongnya yang diberi nama Milan Pique-Mebarak yang dikatakan memiliki wajah serupa dengan bapanya dilahirkan pada 22 Januari jam 9.36 malam di barcelona.


“Dengan rasa bahagia kami mengumumkan kelahiran Milan Pique-Mebarak, putera Shakira Mebarak dan Gerard Pique. Lahir pada 22 Januari, jam 9.36 malam di Barcelona, Sepanyol.
“Nama Milan (dibaca MEE -lahn) dalam bahasa Slavia bererti tersayang, tercinta, dan menyenangkan; bahasa Rom kuno pula bermaksud bersemangat dan sungguh-sungguh,” ujar Shakira menerusi akaun Twitternya.

Penyokong perak dakwa pengadil tunjuk isyarat lucah


Akibat mutu pengadilan yang teruk, sebahagian penyokong perak berhimpun di hadapan pintu masuk Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), setelah tamat aksi saingan Liga Super 2013 antara Perak dan Selangor.

Situasi ini berlaku kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil yang membatalkan dua jaringan perak atas dakwaan permain itu berada dalam kedudukan ofsaid. Dalam masa yang sama ada sesetengah penyokong mendakwa seorang penolong pengadil "penjaga garisan" menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong.

Wednesday 23 January 2013

Penyebaran Bible kepada pelajar islam-Tujuh laporan dibuat

Polis Georgetown hari ini mengesahkan menerima tujuh laporan mengenai pengedaran Bible kepada pelajar islam dihadapan sebuah sekolah di Jelutong. Kegiatan pengedaran itu dikesan oleh penduduk dan artikel cerita orang kita sebelum ini (lihat disini) yang dipetik dari akhbar B.harian (lihat disini) menyatakan ada dua individu yang dilaporkan berbuat demikian.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi mengesahkan empat laporan dibuat oleh pelajar sekolah, manakala selebihnya dari orang awam. Beliau berkata mereka turut menyerahkan Bible tersebut sebagai bukti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...