RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Saturday 26 January 2013

Semak keputusan STAM melalui SMS pada 30 Januari


Calon peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2012 boleh mendapatkan keputusan pada khamis ini.

Ketua Penolong Pengarah Unit Khidmat Bantuan Pentaksiran dan Dokumentasi Kementerian Pelajaran, Noriza Mohd. Noor berkata, semua calon peperiksaan itu boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing bermula pukul 10 pagi. "Bagi calon persendirian, keputusan akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran negeri," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Semakan juga boleh dibuat melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menghantar STAM jarakkan dan masukkan angka giliran dan hantarkan ke 15888. Calon-calon boleh mula menyemak pada 30 Januari ini sehingga tarikh akhir 11.59 malam 5 Februari.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...