Acara "Jom bakar...pesta bakar Bible melayu demi masa depan cucu kita". Polis Pulau Pinang mengesa orang ramai jangan mempercayai khabar angin tersebut yang kononnya akan diadakan di Padang Bandaran bagan Luar, Butterworth Ahad ini.
Berita ini dilaporkan oleh Sinar harian (LIhat disini), selepas Polis Pulau Pinang menerima laporan dari seorang paderi yang menemui risalah bertulis "Jom bakar.." yang terletak dalam peti surat di sebuah gereja 20 Jan lepas.
"Kita minta jangan ada pihak yang percaya dan mensensasikan isu ini kerana ia boleh mengugat ketenteraman awam dan mengundang perpecahan masyarakat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur dan peserta perhimpunan itu sekiranya benar-benar diadakan.
Katanya siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebut perkataan berniat melukakan perasaan agama seseorang yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Mengenai isu pengedaran Bible kepada pelajar Islam di hadapan sebuah sekolah di Jelutong (baca disini) Khamis lepas, Abdul Rahim berkata polis telahpun merekodkan keterangan 17 individu.
"Kertas siasatan telah lengkap dan diserahkan kepada pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Beliau berkata siasatan polis mendapati kesemua Bible itu dicetak dalam bahasa Inggeris dan tidak mempunyai sebarang kalimah Allah.
"Setakat ini polis menerima tujuh laporan mengenai isu itu (baca disini), iaitu empat daripada pelajar dan selebihnya daripada orang awam," katanya.
RENUNGAN
Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Rakan Blog
-
-
-
E-Operasi: Modul Pengurusan Guru KPM6 years ago
-
-
-
Bina Web / Minisite Online Biz....10 years ago
-
No comments:
Post a Comment