RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Saturday, 19 January 2013

PENYEBARAN BIBLE KEPADA PELAJAR ISLAM & ISU KALIMAH ALLAH

Terbaru, belum reda sepenuhnya isu penggunaan kalimah Allah bagi orang yang bukan islam yang dibangkitkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guen Eng. semalam telah ada individu yang sengaja menyebarkan Bible kepada 50 orang murid di sebuah sekolah menengah di Julutong P.Pinang.

Kejadian itu berlaku pada 12.30 tgh hari yang disaksikan oleh Mohammad Fazmin Premna Zeer, 20. yang mendakwa terdapat 2 orang lelaki yang berpakaian kemas yang menaiki sebuah kereta Honda Accord menunggu dihadapan pagar di sekolah
tersebut.laporan B.Harian).

Kejadian seperti ini haruslah dipandang serius lebih-lebih lagi mereka telah mulai berani menyebarkan Bible kepada masyarakat selepas isu kalimah Allah. Mereka seolah-olah mengambil peluang yang ada disebabkan timbul perpecahan pendapat dalam pimpinan pemimpin islam di negara ini.

Sebarang penyebaran agama lain kepada umat islam adalah salah dan termaktub mengikut perkara 11(4) perlembagaan Persekutuan. (baca disini)

Sementara itu, Jaringan Muslim P.Pinang (JMPP) menghantar memorandum kepada Yang Dipertua Negeri Pulau pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, bagi membantah kenyataan Lim Guan Eng berhubung penggunaan kalimah Allah di dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Rombongan 20 anggota JMPP yang diketuai Penyelarasnya Mohamed Hafiz Mohamed Nordin, menyerahkan memorandum itu melalui Setiausaha Sulit,Yang Dipertua Negeri, Shahul Hamid Abdul Kadir.

Mereka juga berhimpun secara aman di hadapan kediaman rasmi Yang Dipertua Negeri.

Mohamed Hafiz berkata umat Islam sudah hilang sabar dengan tindakan Guan Eng yang cuba menghina Islam dengan membangkitkan perkara itu.

"Masa untuk (Lim) Guan Eng minta maaf sudah tamat, kami mahu pihak berkuasa ambil tindakan undang-undang terhadapnya," katanya
.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...