RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Monday, 14 January 2013

Mahkamah gempar terima panggilan bom


Shah Alam-Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah gempar apabila menerima panggilan bom palsu pada pukul 8.40 pagi dan ia merupakan panggilan bom palsu yang kedua selepas kejadian pertama pada November tahun lepas.

Pemeriksaan dari unit pemusnah bos dan anjing pengesan tidak menemui bom dan sebarang unsur bahan letupan.


mbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Supt Mazlan Othman berkata polis menerima maklumat mengenai panggilan bom itu kira-kira pukul 8.40 pagi selepas pihak mahkamah memaklumkan menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mendakwa terdapat bom di kawasan tempat letak kenderaan di bahagian tingkat bawah dan kafeteria.
   
"Hasil siasatan kami mendapati ia adalah panggilan palsu. Kami telah benarkan operasi mahkamah diteruskan tetapi orang ramai diminta berjaga-jaga jika ternampak atau terjumpa objek mencurigakan sila maklumkan kepada kami" katanya.
   
Mazlan berkata unit pasukan pemusnah bom akan ditempatkan di kawasan bangunan mahkamah sehingga tengah hari sebagai langkah berjaga-jaga

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...