RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Friday 18 January 2013

Bapa rogol dan liwat anak berusia 14 Tahun

Bapa 'baham' anak
Seorang lelaki 36 tahun mengaku tidak bersalah di mahkamah seksyen Ipoh atas 2 tuduhan merogol dan meliwat anak gadisnya yang berusia 14 tahun pada bulan disember tahun lalu. Tertuduh yang juga bapa kepada mangsa yang bekerja sebagai kontrator mengaku tidak bersalah.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa merogol anaknya pada jam 1 pagi 24 Disember lalu didalam kontena di Bandar Baru Menglembu dan turut meliwat mangsa dengan tertuduh memasukkan kemaluannya kedalam dubur mangsa ditempat yang sama pada jam 3 pagi.

Kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fauzi Md Yusof sementara tertuduh diwakili peguam, Mahinderjit Singh.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan dan Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan


Sinar harian

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...