RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Monday, 14 January 2013

Dibelasah bapa teman wanita disyaki tinggal serumah dengan teman wanita


Malang menimpa seorang pemuda apabila beliau dibelasah oleh 5 orang lelaki yang dipercayai diupah oleh bapa teman wanitanya yang mendakwa anak gadisnya berusia 20 tahun yang tinggal bersama lelaki tersebut sejak 9 Januari lepas.
Akibatnya lelaki tersebut mengalami kecederaan retak tulang leher dan tulang rahang mulut selain patah tangan kanan selepas dipukul di jalan industri, mentakab pada jam 11 pagi.
Sebelum kejadian lelaki tersebut lelaki tersebut berada dirumah bersama dengan teman wanitanya, kemudian datang lima lelaki dan memaksa lelaki dan teman wanitanya mengikut mereka dan menaiki 2 biji kereta untuk berjumpa bapa gadis tersebut di lokasi lejadian.
Selepas berjumpa dengan bapa gadis tersebut, Lelaki tersebut dibelasah oleh 5 lelaki terbabit sebelum dibawa di kawasan belakang bangunan dan diikat serta ditinggalkan di kawasan tersebut.
Polis yang mendapat maklumat daripada insiden tersebut telah mengesan dan menahan 5 suspek yang berumur 21 hingga 39 tahun dan siasatan polis mendapati semua suspek mempunyai rekod jenayah lampau.
Manakala bapa gadis tersebut gagal dikesan dan pihak polis sedang menjalankan sisatan.
Sinar harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...