RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Monday, 14 January 2013

Pasangan sejenis gadis melayu ada Anak kecil



Perempuan melayu berjalan bersama bayi yang masih kecil dan seorang perempuan berpakaian seperti lelaki @ tom boy. kalau dilihat ditengah bandaraya yang rangcak membangun ini bagi masyarakat umum tidak asing lagi.

Hasil dari maklumat yag diperolehi, ada dikalangan perempuan tersebut adalah berstatus ibu tunggal muda yang masih dahagakan kasih sayang dari insan yang bernama suami, tetapi mungkin nasib tak menyebelahi mereka, mungkin mereka diceraikan atau dilepaskan dengan status tidak bertali.
Disebabkan dengan itu, ada dikalangan mereka mengalami tekanan perasaan dan lebih teruk lagi jika status ekonomi mereka yang tidak kukuh. Peluang ini mungkin diambil oleh mereka yang bergelar tomboy diluar sana untuk mendekati mereka yang rata-rata masih lagi cantik.

Dengan kesempatan yang ada, ada dikalangan tomboy mengambil peluang memberikan kasih sayang serta mengambil berat dari segi kewangan, tempat tinggal dan sebagainya sehinggakan makan dan minum.

Atas perhatian tersebut ada dikalangan mereka mudah lupa dan mula berkasih-kasihan tetapi ada juga yang faham dengan hukum agama mereka tidak mudah terjerumus dalam percintaan kaum sejenis, tetapi bagi mereka yang cetek hukum hakam akhirnya terjerat jua.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...