RENUNGAN
Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)
Tuesday, 22 January 2013
Rahim Tamby Chik-wujudkan peraturan larang parti politik guna nama islam
Wujudkan satu peraturan atau undang-undang melarang penggunaan nama islam oleh sebuah parti politik agar tidak dimanipulasi dan disalahguna sesetengah pihak yang berpentingan politik, kata bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Dr Rahim Tamby Chik.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan khas awal persekolahan dan turut melancarkan kutipan dana bagi projek pembinaan surau baru Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Udang.
Antara ucapan yang disampaikan beliau adalah, parti yang menggunakan nama islam boleh merosak dan memburukkan kedudukan serta reputasi agama itu sendiri. Sementara itu, Rahim yang juga Pengerusi Risda mahu kerajaan memandang serius terhadap kehadiran sekolah-sekolah pondok yang ditaja parti politik kerana dilihat cenderung menanam rasa kebencian terhadap musuh politik mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Rakan Blog
-
-
-
E-Operasi: Modul Pengurusan Guru KPM6 years ago
-
-
-
Bina Web / Minisite Online Biz....10 years ago
-
No comments:
Post a Comment