RENUNGAN

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Tuesday, 22 January 2013

Hentikan Cerita hantu di UiTM Lendu


Kekecohan yang tercetus di UiTM Melaka cawangan Lendu akibat daripada penyebaran cerita pelajar histeria dan dirasuk akhirnya menarik perhatian Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam supaya menghentikan penyebaran cerita hantu yang boleh menjadiketakutan khasnya pada pelajar baru.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, gangguan histeria boleh membabitkan siapa sahaja dan berlaku di mana-mana kawasan.

“Saya nasihatkan tak payah takutkan orang sebab saya takut mereka yang suka menyebarkan cerita seperti ini akhirnya dia sendiri yang terkena histeria".


“Mungkin disebabkan dia selalu memikirkan histeria yang dialami pelajar, akhirnya gangguan ini boleh berlaku di dalam mimpi,” katanya ketika ditemui di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Keh Seng di sini, semalam.

Terdahulu, beliau mengulas tindakan pelajar universiti berkenaan yang menyebarkan cerita gangguan histeria termasuk kes curi dan pukau di blog dan twitter sehingga mendapat perhatian ramai pihak.

Namun, beliau menasihatkan pelajar khasnya tidak mudah terpengaruh sebaliknya perlu meningkatkan amalan kerohanian bagi kekuatan jiwa.

“Ibu bapa juga tidak perlu risau kerana gangguan seperti ini adalah fenomena biasa dan orang pergi kursus pun boleh terkena,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...